Sekadar mengunci handle dan fork sahaja tidak memadai memandangkan para pencuri masa kini semakin pintar dan bijak untuk melarikan motosikal anda tanpa sebarang bukti yang tertinggal.
Selain daripada menjaga keselamatan, sebagai seorang pemilik yang prihatin, kita juga mahu melindungi motosikal kesayangan daripada panahan sinar mentari sepanjang tahun, habuk, debu, hujan dan sebagainya.
Di sini, terdapat beberapa contoh ruang penyimpanan motosikal yang boleh anda contohi dan ambil inspirasi daripada mereka.
1. Cycle Shell
Rekaan berbentuk cengkerang daripada Jepun ini merupakan rekaan yang boleh dilakukan sendiri dengan beberapa peralatan dan bahan yang boleh didapati menerusi kedai hardware berdekatan (dan sedikit kerajinan).
Apabila di dalam mod biasa, ia tidaklah memakan begitu banyak ruang parkir manakala ketika dibuka sepenuhnya, ia mampu memuatkan sebuah motosikal besar dengan mudah, hanya dengan menukar tetapan kepanjangan bar melengkung.
2. Moto-Box
Ia memiliki rekaan seakan kontena mini dan masih mampu untuk memuatkan motosikal anda dengan mudah.
Anda hanya perlu memastikan roda hadapan berada tepat pada "landasan" simpanan dan seterusnya menolak motosikal anda untuk disimpan.
3. BikeBox 24
Bagi mereka yang mengalami masalah ergonomik, sudah tentu kurang menggemari dua rekaan di atas.
BikeBox merupakan sebuah ruang simpanan yang dilengkapi dengan engsel tahan lasak bagi memastikan "kotak" ini tidak mudah menghempap jatuh disebabkan tarikan graviti.
Dengan bentuk yang amat bergaya, ia merupakan satu benda yang wajib ada untuk setiap pemilik motosikal.
4. Die Motorradgarage
Sebuah lagi rekaan yang hadir daripada Jerman ialah Die Motorradgarage dengan sistem teleskopik yang sesuai digunakan pada ruang yang sempit.
Selain daripada memuatkan motosikal, rak besar yang boleh berubah saiz ini juga mampu untuk memuatkan peralatan penting seperti spanar, pam tayar, malah helmet anda juga!
5. CERVOCAV
Rekaan simpanan ini sangat sesuai untuk mereka yang tinggal di kawasan yang memiliki rekod jenayah yang paling sikit.
Dengan penggunaan bahan yang transparent, anda masih mampu untuk menayangkan motosikal anda yang cantik itu tanpa perlu memikirkan kesan tahi burung yang mungkin sekali mencacatkan pemandangan.
Jikalau nasib kurang baik, anda mungkin dapat memerhatikan dari jauh sambil melihat ruang motosikal anda dipecah masuk.