Lima kluster ziarah raya, rentas negeri dikesan

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Aktiviti ziarah ketika musim perayaan, rentas negeri dan mengadakan majlis sosial antara kluster baharu yang dikesan semalam dan kini sudah menjangkiti lebih 100 individu.


Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata terdapat 38 kluster baharu dikesan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) merangkumi 18 kluster di tempat kerja, komuniti (14), kumpulan berisiko (tiga) dan satu di pusat tahanan.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Beliau berkata, terdapat tiga kluster berpunca daripada aktiviti ziarah iaitu Kluster Kampung Mantera, Kota Bharu di Kelantan yang kini sudah menjangkiti 24 individu.

 

"Kes ini membabitkan aktiviti ziarah ketika sambutan perayaan yang berpunca dari kes indeks seorang lelaki berusia 36 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada Selasa lalu hasil saringan individu bergejala.

 

"Kes mula menunjukkan pada 23 Julai lalu dan nama kluster merujuk kepada lokaliti, di mana penularan kes berlaku iaitu di Kampung Mantera, Banggu, Kota Bharu. Sehingga kini, seramai 32 individu sudah disaring dan 24 daripadanya disahkan positif virus, termasuk 20 kes baharu hari ini," katanya dalam kenyataan semalam.

 

Bagi kluster ziarah kedua, Dr Noor Hisham berkata, ia dikenali sebagai Kluster Dah Kampung Pokka di Padang Terap, Kedah membabitkan lelaki berusia 45 tahun selepas mengalami gejala sejak 20 Julai lalu.

 

"Sehingga kini, seramai 104 individu sudah disaring dan daripada jumlah itu 24 kes dilaporkan positif, termasuk enam kes baharu semalam.

 

"Kluster ketiga aktiviti ziarah dikenali Kluster Jalan Denai Enam di Johor Bahru yang kini sudah menjangkiti 25 individu," katanya.

 

Mengenai aktiviti rentas negeri, Dr Noor Hisham berkata, terdapat dua kluster dikesan pihaknya iaitu Kluster Kampung Chenok Kadok serta Kluster Kampung Wakaf Stan dan kedua-duanya dikesan di Kelantan.

 

"Kes ini mempunyai sejarah merentas negeri dari Putrajaya ke Kelantan pada 17 hingga 21 Julai lalu atas urusan menziarah keluarga dan sehingga kini sudah menjangkiti 13 individu.

 

"Kluster Kampung Wakaf Stan pula membabitkan aktiviti rentas negeri dari Kedah ke Kelantan pada 17 hingga 23 Julai lalu," katanya.

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Tinjauan Astro AWANI di Plaza Tol Jalan Duta mendapati trafik masuk ke Kuala Lumpur berjalan…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Hussin Zamora berkata, pasangan itu ditahan selepas…
Berita Domestik
  Katanya, tinjauan trafik di tujuh plaza tol utama pada hari berkenaan juga mendapati berlaku…