Lima konsep Toyota GR Supra, mana satu pilihan di hati?

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan acara SEMA 2019, di mana ia merupakan medan pameran aftermarket yang menggabungkan lebih daripada 60,000 pemain industri domestik dan antarabangsa, Toyota tidak mahu ketinggalan dengan membawakan bukan satu, tetapi lima konsep untuk Toyota GR Supra.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Berikut merupakan senarai konsep talaan/modifikasi yang dibawakan khusus untuk para peminat Toyota GR Supra.
 

Toyota GR Supra 3000GT Concept


Antara konsep modifikasi paling liar di antara barisan Supra yang hadir pada SEMA 2019. 

Diinspirasikan daripada model Toyota Supra TRD3000GT yang pernah hadir pada era 1990-an, ia menampilkan kit badan yang serba agresif seperti hud dan sayap belakang, fender flare, bumper yang direka semula serta diffuser yang serba besar. 

Toyota GR Supra 3000GT ini dilayangkan dengan warna perak dan diselangi dengan vinil kuning.

Aspek pengendalian pula diberikan tumpuan di mana Supra ini dipasangkan dengan coilover boleh laras, sistem ekzos kustom, sistem brek daripada Brembo serta rim bersaiz 19 inci. 

Pemandu dan penumpang pula dipegang kemas dengan kerusi jenis bucket BRIDE dan ditemani dengan sistem bunyi keliling Pioneer. 

Malangnya, tiada sebarang modifikasi dilakukan terhadap nadi asal. 
 

 

Toyota GR Supra HyperBoost Edition - 750 hp!


Untuk anda yang gilakan kuasa, versi HyperBoost Edition ini mungkin sesuai untuk dijadikan pedoman. 

GR Supra HyperBoost Edition ini ditala oleh pakar analisis NASCAR, Rutled Wood dan mampu menjana sehingga 750 kuasa kuda!

Kuasa tersebut disalurkan menerusi tayar Continental ExtremeContact yang membaluti keempat-empat rim bersaiz 20 inci. 

Sistem coilover boleh laras KW turut dipasang manakala sistem pemberhentian GR Supra yang pantas ini diserahkan kepada sistem brek Brembo. 

Banyak elemen gentian karbon menguasai kit badan GR Supra ini, termasuklah pada bahagian bumbung dan dikemasi dengan layangan warna Cement Grey.
 

 

Toyota GR Supra Wasabi Concept


Dibangunkan oleh Toyota Genuine Accessory Team, GR Supra Wasabi Concept ini mendapat kit badan kustom, corong ekzos di bahagian tengah, set rim bersaiz 20 inci yang dibaluti tayar Michelin Pilot Sport 4S. 

Aspek pengendalian menerima sentuhan daripada Ohlins yang turut merangkumi coilover boleh laras serta pemasangan strut tower brace bagi memastikan casis Supra ini lebih tegap. 

Memandangkan ia dinamakan sebagai Wasabi, GR Supra ini menerima layangan warna hijau yang diselangi dengan strip perlumbaan berwarna putih di bahagian tengah. 
 

 

Toyota GR Supra Heritage Edition


Ini merupakan antara Toyota GR Supra yang diinspirasikan daripada generasi keempat model terdahulu, atau lebih dikenali dengan Supra Mk4 atau Supra JZA80. 

Projek ini dikawalselia oleh Naib Presiden Pemasaran Toyota, Ed Laukes sendiri dan ia menampilkan banyak elemen Supra Mk4 seperti lampu utama depan dan belakang yang menerupai model terdahulu. 

Selain daripada itu, Supra Heritage Edition ini dipasang dengan splitter hadapan, sayap belakang ala Supra Mk4 dan diffuser belakang yang lebih ketara rekaannya. 

Nadi asal telah ditala semula bagi menghasilkan kira-kira 500 kuasa kuda, manakala keempat-empat sudut dihiasi dengan rim HRE bersaiz 19 inci dengan tayar Toyo. 
 

 

Toyota GR Supra Performance Line Concept


Sebuah lagi unit GR Supra daripada Toyota, kali ini datang daripada pasukan berbeza iaitu Toyota Customizing anda Development (TCD). 

Dari segi luaran, ia memakai kit badan aerodinamik yang diperbuat daripada gentian karbon dan mampu meningkatkan daya turun ketika kelajuan tinggi. 

Set rim bersaiz 19 inci dipasang pada setiap sudut dan dibaluti dengan tayar Michelin Pilot Sport 4S. 

Tiada sebarang maklumat berkenaan talaan kepada enjin, melainkan sistem ekzos kustom yang telah dipasang bagi meningkatkan lagi kadar kesdapan bunyi yang dihasilkan. 

Di bahagian dalam, ruang kabin dihiasi dengan set tempat duduk bucket daripada Bride.