Lima pekerja bengkel kereta dikompaun RM1,500 seorang

oleh SALINA JALIL|
gambar ihsan dari PDRM
Lima orang pekerja sebuah bengkel kereta di Batu Kikir, di Jempol, dikenakan kompaun masing-masing sebanyak RM1,500 seorang selepas dikesan gagal mendaftar masuk ke premis pekerjaan mereka pagi semalam.

 

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, kira-kira pukul 11.15 pagi, pasukan petugas pemantauan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 telah melakukan pemeriksaan ke atas premis berkenaan.

 

Menurutnya, pemeriksaan ke atas premis berkenaan mendapati lima pekerja lelaki berusia 23 hingga 33 tahun telah gagal mendaftar masuk bekerja ke premis sama ada menggunakan aplikasi MySejahtera atau buku pendaftaran yang disedia.

 

“Kesemuanya dikenakan kompaun gagal mematuhi SOP PKP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan kompaun dikeluarkan di bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya dalam kenyataan.

 

 

 

Utusan Malaysia

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Isham berkata masalah lumba haran dan rempit bukan hanya terbatas ke negara Malaysia tetapi juga…
Berita Global
Seorang pengusaha bengkel membaik pulih kenderaan di AutoCity di Sin Ming, Khor Joo Heng berkata,…
Berita Domestik
Antara isu yang dibahaskan termasuklah isu keselamatan kenderaan, pengguna jalan raya dan…