Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata, seramai sembilan anggota dikejarkan ke lokasi yang terletak kira-kira 29 kilometer dari balai.
“Kemalangan melibatkan sebuah treler dan kenderaan Toyota Wish yang bertembung sebelum terbabas di bahu jalan.
“Terdapat enam mangsa, lima daripadanya berada dalam Toyota Wish dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, kesemua mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, manakala pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Operasi ditamatkan pada jam 3.20 petang selepas memastikan keadaan di lokasi selamat,” katanya.
- salam takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat -