Lima remaja bawah umur ditahan - Baling batu untuk berseronok!

oleh Penyumbang Rencana|
Lima remaja lelaki bawah umur yang dipercayai menjadi dalang perbuatan membaling batu dan kayu ke arah kenderaan di Kilometer 253.3 Lebuhraya Senawang-Seremban, Isnin lalu berjaya ditahan polis.


Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, kesemua mereka yang berusia 14 dan 15 tahun itu ditahan antara jam 5 hingga 7 petang pada Rabu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024

 

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati, mereka melakukan perbuatan itu sekadar untuk berseronok.

"Tiga telah ditahan berhampiran pencawang Tenaga Nasional Berhad di Bandar Seremban Selatan manakala dua lagi di Taman Seremban Jaya.

"Permohonan reman untuk siasatan lanjut akan dibuat terhadap mereka pada hari ini (Khamis)," katanya.

Ujarnya, dengan tangkapan itu, diharap tiada lagi perbuatan tidak bertanggungjawab sebegitu di kawasan berkenaan.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan polis sedang mengesan empat individu yang terlibat dalam perbuatan berkenaan.

Ia susulan selepas laporan polis dibuat seorang pemandu lori berusia 32 tahun yang menyatakan cermin hadapan lori miliknya dibaling objek semasa melalui lebuh raya tersebut.

Mangsa memberitahu kejadian itu telah mengakibatkannya kerugian lebih RM1,000.

 

- kalau mak kita, memang dah kena rotan cukup-cukup, harga cermin kenderaan bukan murah! -

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Menurutnya, suspek yang menaiki motosikal, membaling objek keras ke arah cermin kenderaan…
Berita Domestik
  "Pada 4 April (semalam) tular gambar dan rakaman video di laman sesawang Facebook 'Kami Penduduk…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, sebelum kejadian satu…