Ia adalah satu fenomena yang bukan unik di Malaysia, tetapi adalah satu tren global. Menurut sumber industri, ada jenama tayar yang telah menaikkan harga produk mereka di seluruh dunia lebih dari empat kali dalam tempoh 18 bulan.
Di bawah ialah lima punca utama kenapa harga tayar dunia semakin meningkat.
1. Isu COVID19
- Walaupun COVID19 semakin melemah dan ekonomi dunia semakin pulih, kesan terhadap rantai bekalan untuk banyak produk masih lagi baharu bangkit dan ia menyebabkan kos yang ditanggung oleh pengeluar lebih tinggi dari waktu pra COVID19.
2. Kos pengangkutan
- Seperti isu rantai bekalan, kos logistik perkapalan meningkat secara mendadak sejak enam bulan lalu.
- Ia adalah antara keluhan terbesar kepada banyak pembekal komponen kerana bahan mentah yang diperlukan datang dari merata lokasi di dunia.
- Keperitan yang hebat juga diraasakan oleh mana-mana pengeksport kerana kos penghantaran produk naik antara berganda-ganda dalam tempoh dua tahun ini.
3. Harga bahan mentah
- Bahan mentah yang diperlukan dalam proses pembuatan tayar juga meningkat.
- Contoh bahan mentah yang digunakan dalam industri tayar ialah sumber petroleum, produk petrokimia dan besi.
- Kesemua bahan ini mengalami peningkatan harga secara perlahan-lahan.
4. Keadaan cuaca
- Walaupun penggunaan bahan polimer semakin meningkat dalam proses pembuatan tayar, penggunaan getah asli masih lagi penting.
- Keadaan cuaca yang tidak menentu di negara-negara pengeluar getah asli adalah antara punca peningkatan kos pengeluaran kerana bekalan yang tidak begitu stabil.
- Ini kita boleh rasakan sendiri kerana Malaysia adalah antara pengeksport getah asli dunia.
5. Permintaan pasaran
- Permintaan pasaran untuk tayar semakin meningkat tetapi tidak cukup stabil untuk membantu syarikat tayar membuat anggaran jumlah pengeluaran bagi tempoh jangka masa panjang.
- Pengedar tayar juga mengalami masalah dari segi permintaan yang bermusim, menyebabkan mereka tidak mahu menyimpan stok tayar yang banyak.
- Sebelum ini, prestasi penjualan tayar yang stabil membolehkan pengedar membeli stok yang banyak dan ia menjamin kadar pengeluaran yang tinggi - sekaligus menurunkan harga produk.
- Ini tidak berlaku sekarang dan hasilnya, stok yang terhad dan kadar pengeluaran yang lebih rendah.
Dalam kita bercerita tentang tayar, di bawah ialah satu jenama tayar yang anda pernah dengar, tetapi tidak pasti asal usulnya. Lihat video ini dengan produk terbaharu khusus untuk SUV.