Lima sebab kenapa kereta anda perlukan EVIO ASIA!

oleh Mohamad Hanif|
Kereta dah bikin cantik-cantik, lawa, berkilat. Tapi sayangnya, itu semua tak kekal lama apabila keadaan persekitaran rumah merupakan musuh utama, apatah lagi bagi mereka yang tidak mempunyai garaj persendirian.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Apa yang boleh anda lakukan? Cari pelindung kereta yang bersesuaian, namun silap beli dan silap pasang, anda mungkin akan menangis tak berlagu sementara menunggu hujung bulan.

Untuk anda yang mementingkan tahap kecantikan kereta sama taraf macam isteri di rumah, kami ada LIMA sebab kenapa produk pelindung kereta EVIO ASIA ini amat sesuai untuk digunakan, terutama pada masa PKP ini.
 

EVIO ASIA


1. Bahan kualiti tinggi

Bukan bahan cap ayam, akan tetapi EVIO ASIA menggunakan bahan fabrik poliester berkualiti tinggi untuk melindungi kereta anda daripada kepanasan, embun pagi habuk serta pancaran ultra-violet.

Selain daripada kalis air, ia juga didatangkan dengan penggunaan bahan kapas yang tebal dan tidak meninggalkan kesan kepada kualiti cat kereta.
 

EVIO ASIA


2. Mudah digunakan tanpa perlu berpeluh

Selain daripada mudah untuk dipasang, pelindung kereta EVIO ASIA mempunyai rekaan bukaan sisi berzip bagi memudahkan akses masuk ke dalam kereta tanpa perlu membuka pelindung secara keseluruhan.

Mudah untuk digunakan, mudah pula untuk disimpan.

Jimat tenaga, kereta pun terjaga.

 

3. Sesuai untuk sedan, hatchback, MPV, SUV

Pelindung kereta EVIO ASIA ini sangat universal, boleh digunakan untuk apa jua jenis kenderaan yang ada di rumah ada.

Daripada sekecil-kecil Perodua Axia, sehinggalah kepada model sebesar Hyundai Grand Starex pun ada.

 

EVIO ASIA


 

4. Harga yang tidak mengoyakkan poket anda

Untuk sebuah produk yang menawarkan perlindungan yang menyeluruh, pelindung kereta EVIO ASIA ditawarkan pada harga yang cukup berpatutan.

Tambah sikit belanja, anda sudah boleh melindungi kereta anda dengan cemerlang, kondisi cantik macam baru lepas keluar kedai cuci kereta.

 

EVIO ASIA


5. Ada promosi istimewa dari Careta!

Khas untuk para pembaca Careta, selain daripada diskaun 10 peratus dan kos penghantaran percuma ke seluruh Semenanjung Malaysia, anda juga boleh mendapatkan hadiah istimewa apabila anda memasukkan kod promo CARETA88 di laman web Auto2u (https://bit.ly/c6-Auto2u-evioasia-88sales).

Promosi istimewa Careta bermula dari 1 Ogos hingga 31 Ogos sahaja, jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini!

 

EVIO ASIA