Litar Ebisu rosak teruk akibat gempa bumi di Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Ini merupakan satu berita yang cukup menyedihkan, apabila hujung minggu lalu sebuah litar yang terkenal dengan acara tahunan D1GP, Ebisu Circuit rosak teruk akibat gempa bumi berukuran 7.1 pada skala Richter.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kejadian tersebut berlaku jam 11.08 pm pada hari Sabtu, di mana ia berpusat kira-kira 96.5 km daripada pantai timur Wilayah Fukushima, dan mujur tiada sebarang perubahan radiasi daripada dua loji tenaga nuklear yang berhampiran.

Litar Ebisu sebenarnya pernah mengalami kerosakan sebelum ini akibat gempa bumi berukuran 9.0 pada skala Richter 10 tahun yang lalu, dan bencana tersebut turut mengakibatkan loji nuklear Fukushima berhenti beroperasi dan melepaskan sisa radioaktif.

 

 


Menurut laporan daripada Japanese Nostalgic Car, tiada sebarang kecederaan dilaporkan, namun beberapa litar dan fasiliti di Drift Land, litar Minami dan Higashi diberitakan rosak teruk.

Litar Ebisu diasaskan pada thaun 1986 oleh Nobushige Kumakubo, ketua Team Orange dan juara D1GP 2006.

Selain daripada litar drift, Ebisu Circuit turut mempunyai fasiliti spa, resort ski, dan taman safari haiwan yang terletak berdekatan dengan litar tersebut.

Litar Ebisu juga merupakan lokasi pilihan bagi penganjuran sukan permotoran drift, perlumbaan motosikal, kereta formula dan kart.

Kumakubo dalam satu kenyataan turut berterima kasih kepada penyokongnya atas keprihatinan, namun keutamaan beliau pada ketika ini adalah untuk mengelakkan lebih banyak kerosakan dan memastikan para pekerja beliau selamat.

Ternyata, ini merupakan satu dugaan yang besar apatah lagi selepas setahun bertarung untuk melawan kesan yang ditinggalkan oleh pandemik COVID-19.

Sumber: Japanese Nostalgic Car

Berita Berkenaan

Berita Global
Berdasarkan beberapa laporan media, sesetengah daripada fasiliti dalam litar tersebut rosak, dan…