Litar F1 jadi 'port' wayang pandu lalu

oleh SALINA JALIL|
Selepas kecewa menyaksikan Grand Prix Formula Satu (F1) Mexico dibatalkan tahun ini kerana pandemik Covid-19, kerajaan Mexico menukarkan litar F1 mereka kepada panggung wayang pandu lalu.


Ribuan masyarakat memandu ke Turn Four, Autodromo Hermanos Rodriguez di bandar Mexico, yang ditukarkan sementara kepada panggung wayang Autocinema Mixhuca.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Panggung wayang disediakan khusus bagi masyarakat sekitar selain mematuhi penjarakan sosial ketika menikmati tayangan ekslusif filem-filem menarik Mexico.

 

Ia dianjurkan oleh sekretariat pusat kebudayaan dan mampu memuatkan 415 kenderaan.

 

Ia dibuka setiap Ahad dan Rabu sehingga 19 Ogos. Konsep panggung wayang pandu lalu pertama kali tiba di Mexico pada 1950-an namun kurang popular dan semakin lama mula hilang.

 

"Berikutan pandemik dan kehendak bagi 'normal baharu', ia adalah potensi yang hebat," kata Pengarah Big Festival, Argel Gomez.

 

 

The Agensi