Litar F1 Vietnam ambil elemen litar terkenal - Nurburgring, Monaco, Suzuka, dan Sepang!

oleh Mohamad Hanif|
Vietnam kini disahkan bakal menganjurkan perlumbaan Formula One untuk pertama kalinya pada April 2020, dan litar sepanjang 5.565 km itu bakal menjadi destinasi perlumbaan jalanan keempat selepas Monaco, Singapura dan Azerbaijan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Rekaan dan laluan litar tersebut merupakan kolaborasi idea bersama pereka litar F1 terkemuka daripada Jerman, Hermann Tilke yang turut menampilkan jalan lurus sepanjang 1.5 km dan bakal menyaksikan kelajuan tertinggi 335 km/j. 

Pengaruh rekaan daripada litar terkemuka dunia juga turut diterapkan di dalam pembangunan litar F1 Hanoi ini antaranya:

  • Turn 1 - Litar Nurburgring
  • Turn 12 ke Turn 15 - Litar Monaco (Sainte-Devote ke Massenet)
  • Turn 16 ke Turn 19 - Litar Suzuka (Esses)
  • Tiga Turn terakhir - Litar Sepang




Menurut Ketua Eksekutif F1, Chase Carey berkata "kerja-kerja yang sewajarnya telah pun dijalankan supaya litar tersebut bukan sahaja menguji kemahiran pemandu, malah ia juga memastikan para pengunjung dan peminat F1 dapat menikmati aksi-aksi yang mendebarkan."

Menurut ketua bandar Hanoi, Nguyen Duc Chung menyifatkan pembinaan litar tersebut sebagai satu demonstrasi terhadap keupayaan Vietnam sebagai salah sebuah destinasi ekonomi paling pesat membangun untuk menganjurkan acara bertaraf global, dan mampu menarik pelancong."

Vietnam Grand Prix merupakan perlumbaan ketiga yang dianjurkan di rantau Asia Tenggara selepas Singapura dan Malaysia, akan tetapi Malaysia terpaksa menarik diri daripada perlumbaan pada 2017 disebabkan penjualan tiket yang semakin merosot. 


 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Syamsul, pemandunya memakai baju VinFast dan kereta itu menggunakan plet pendaftaran…
Berita Global
Jumlah itu cukup besar dan masalahnya ialah kekurangan stesen pengecasan untuk EV tersebut. Buat…
Berita Global
Segmen tradisional atau lebih tepat lagi motosikal berenjin pembakaran dalaman di Vietnam kini…