Litar Go kart Batu Tiga jadi mangsa vandalisme!

oleh Mohamad Hanif|
Kira-kira sebulan yang lalu, kecoh seketika media sosial dengan berita penutupan litar go kart Batu Tiga yang terletak bersebelahan dengan Lebuhraya Persekutuan itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Puncanya tidak diketahui, namun berdasarkan hantaran daripada bekas pengurusan yang lama, mereka hanya diberikan notis pendek untuk mengosongkan premis dalam tempoh yang agak terhad. 

Tidak lama selepas berita 'penutupan' premis tersebut, pihak pengurusan baharu tampil membuat satu hantaran yang agak menyedihkan dan menyayat hati bagi para peminat sukan go-kart yang pernah berkunjung ke litar tersebut. 

Manakan tidak, segala fasiliti dan kelengkapan asal di Litar Go-Kart Batu Tiga telah dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. 

Malah, anda boleh lihat dengan sendiri keadaan di mana tumpahan minyak dan paku bertaburan di atas litar, keadaan dinding yang diconteng dengan nama-nama, serta sistem pendawaian yang terdedah tanpa sebarang perlindungan.

 

 

Kami tidak mahu menuding jari terhadap mana-mana pihak, namun perbuatan dan tindakan merosakkan harta benda ini tidak sewajarnya berlaku, apatah lagi ia merupakan premis yang dikongsi bersama untuk memberikan keseronokan kepada para peminat go-kart dan mini GP. 

Di bawah, kami sertakan kedua-dua hantaran di laman Facebook, baik dari pihak pengurusan lama dan juga pengurusan baharu untuk anda nilaikan. 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Senarai penyertaan acara itu mengesahkan penglibatan pelumba Malaysia yang bertanding di…
Berita Domestik
  Latihan ini bertujuan untuk memantau skil pengendalian dan pemanduan, termasuklah karakter…
Berita Global
Sebuah iklan hartanah telah mengiklankan penjualan sebidang tanah seluar 28 ekar yang terdiri…