Litar jalanan Arab Saudi, berjarak 6.7 km, 27 selekoh, purata kelajuan 155 batu sejam!

oleh SALINA JALIL|
Ketua Formula Satu (F1) mendedahkan secara terperinci mengenai Grand Prix (GP) Arab Saudi yang dijangka menampilkan purata kelajuan sepantas 155 batu sejam - sekalipun memiliki 27 selekoh.


Litar di jalanan Jeddah itu akan menjadi tuan rumah untuk perlumbaan pada Disember ini memandangkan litar tetap sedang dalam pembinaan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

rrek

 

Reka bentuknya adalah kedua terpanjang iaitu pada jarak 6.17 kilometer, namun daya tarikannya adalah menerusi keadaan litar yang membolehkan kelajuan pada tahap maksimum.

 

Pengarah Urusan Permotoran F1, Ross Brawn berkata 'sentiasa mengujakan untuk berkongsi maklumat mengenai litar baharu termasuklah mengenai Litar Jalanan Arab Saudi.'

 

"Kita sentiasa berhubung dengan pasukan reka bentuk dan promoter bagi memastikan kita ada litar yang sentiasa menyajikan perlumbaan yang terbaik dan mencabar kepada semua pelumba.'

 

"Litar ini adalah litar jalanan moden yang terbaik dan memberi banyak ruang untuk pelumba meraih kelajuan maksimum selain peluang untuk memintas."

 

Presiden Persekutuan Automobil dan Permotoran Arab Saudi, Putera Khalid Sultan Al Faisal berkata 'kami tidak sabar untuk mengalu-alukan kehadiran peminat sukan permotoran ke Arab Saudi.'

 

"Walaupun ini adalah kali pertama kami menganjurkan GP F1, menjayakan acara antarabangsa penting ini membuktikan kemampuan kami untuk mengurus dan menganjurkan pertandingan ke tahap yang tertinggi," katanya.

 

 

- Agensi