Litar kereta berprestasi tinggi bakal dibina di Bukit Malut, Langkawi

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Sebuah litar kereta berprestasi tinggi bertaraf antarabangsa akan dibina di kawasan Bukit Malut, Langkawi, dekat sini tidak lama lagi.


Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, pembinaan litar kereta tersebut adalah hasil kerjasama antara pemilik tanah tersebut iaitu Permodalan Kedah Berhad (PKB) dan sebuah syarikat swasta.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Katanya, litar kereta tersebut hanya digunakan oleh kereta berkuasa tinggi yang terdapat di pulau peranginan itu.

 

Bagaimanapun, katanya, pembinaan litar tersebut tidak melibatkan kawasan penempatan rumah-rumah haram yang diduduki warga Myanmar di Bukit Malut.

 

“Di Langkawi ada kira-kira 1,600 kereta berkuasa tinggi dengan pemiliknya mendapat pengecualian cukai apabila membeli kereta tersebut di sana.

 

“Walaupun memiliki kereta hebat, tetapi mereka tak boleh ke mana-mana kerana kereta itu tidak boleh dibawa keluar ke tanah besar kecuali dengan kebenaran agensi tertentu dan kebenarannya pula hanya untuk tempoh beberapa bulan.

 

“Dengan kerjasama sebuah syarikat swasta, kita sediakan satu litar untuk pemilik kenderaan berprestasi tinggi ini gunakan bagi menikmati kehebatan kenderaan mereka dengan bayaran tertentu,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman.

 

Bagaimanapun, Menteri Besar itu tidak menyatakan anggaran kos pembinaan litar kereta tersebut.

 

 

Utusan Malaysia

Berita Berkenaan

Berita Global
Program khas tersebut bakal bermula pada 15 Januari hingga 30 Jun tahun 2024, khusus untuk…
MotorGP
  Perlumbaan sulung di negara berkenaan dijadualkan pada 9 Julai depan dan dijadikan sebagai…
Berita Global
X-SPR Pro ini bertujuan untuk menggantikan model helmet X-Spirit III dengan membawakan salah satu…