LKM tamat tempoh, punca motosikal p-hailing disita - JPJ

oleh Mohamad Hanif|
Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan dalam satu kenyataan memaklumkan motosikal pekerja p-hailing yang disita semalam disebabkan oleh Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan Astro Awani (yang dipetik daripada Bernama), JPJ juga memaklumkan langkah tersebut bertujuan untuk menjaga keselamatan penunggang tersebut serta pengguna jalan raya yang lain.

"Unit Operasi JPJ Negeri Sembilan telah mengadakan Operasi Statik di Jalan Persiaran Negeri, Nilai dekat sini semalam bagi mengesan kesalahan lalu lintas yang dilakukan oleh pengguna jalan raya.

"Sepanjang penguatkuasaan tersebut, pelbagai kesalahan telah dikesan dan diambil tindakan termasuk motosikal yang ditunggang oleh penghantar makanan tersebut," menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, JPJ sentiasa memandang serius terhadap setiap kesalahan dan individu yang mengabaikan undang-undang atau peraturan, selain akan mengambil tindakan sewajarnya bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya lain.

Terdahulu, satu video telah tular di media sosial yang memaparkan seorang pekerja p-hailing 'terpaksa' berjalan kaki setelah motosikalnya disita oleh penguatkuasa JPJ.

Sumber: Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Global
Pada jam 1 pagi (waktu tempatan), polis menerima panggilan mengenai kenderaan yang memandu secara…