“Aliran trafik keluar dari ibu kota dijangka meningkat bermula Khamis susulan cuti sekolah pada 2 hingga 4 April, manakala trafik kembali ke ibu kota dijangka meningkat pada 5 dan 6 April,” katanya.
LLM berkata pihaknya menyambut baik pengumuman Kerajaan MADANI mengenai potongan tol 50 peratus bagi kenderaan kelas satu (persendirian) pada 28 Mac jam 12.01 tengah malam hingga 29 Mac jam 11.59 malam, kecuali di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang (LINKEDUA).
LLM mengambil inisiatif bagi memastikan perjalanan lebih lancar di lebuh raya dan menangani kesesakan seperti tiada penutupan lorong lebuh raya dilakukan kecuali bagi kerja kecemasan, dari 24 Mac hingga 7 April.
Selain itu, laluan ‘smart lane’ akan diaktifkan di 28 lokasi sepanjang lebuh raya PLUS bagi mengurangkan kesesakan dan di plaza tol yang dikenal pasti mengalami trafik tinggi selain sistem kutipan tol berlapis akan digunakan bagi mempercepatkan proses pembayaran tol.
“Dalam masa yang sama, pihak lebuh raya akan menambah kapasiti tempat letak kenderaan dan tandas sementara di kawasan rehat bagi keselesaan pengguna.
“Bagi memastikan bekalan bahan api mencukupi sepanjang tempoh perjalanan, LLM turut bekerjasama dengan pengusaha minyak untuk menjamin ketersediaan minyak di semua stesen minyak di sepanjang lebuh raya,” kata LLM.
LLM juga menyarankan pengguna lebuh raya merancang perjalanan dengan lebih awal menggunakan aplikasi MyPLUS-TTA bagi perjalanan di Lebuhraya Utara Selatan dan Cadangan Waktu Perjalanan atau Travel Time Advisory (TTA) bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan trafik bagi Lebuhraya KL – Karak dan LPT Fasa 1.
Di samping itu, LLM turut mengingatkan penunggang motosikal untuk menggunakan 472 lokasi ‘motorcycle shelter’ yang disediakan di sepanjang lebuh raya sekiranya berlaku cuaca buruk bagi memastikan keselamatan mereka.
LLM dan semua syarikat konsesi lebuh raya akan terus memainkan peranan penting dalam memastikan perjalanan pengguna lebuh raya sentiasa selesa dan selamat.
Bagi sebarang maklumat lanjut atau kemas kini trafik, pengguna boleh mengikuti media sosial rasmi LLM dan syarikat konsesi seperti di Facebook rasmi LLM di aplikasi X @llmtrafik serta tiktok @llmtrafik atau menghubungi Pusat Pengurusan Trafik LLM di 1-800-88-7752, yang akan beroperasi 24 jam sepanjang tempoh perayaan dari 28 Mac hingga 6 April.
- semoga perjalanan kita selamat hendakNya, Aamiin-