Logo baharu buat ramai keliru - KIA atau KN?

oleh Mohamad Hanif|
Pada tahun 2021, Kia telah melancarkan penggunaan logo baharu yang lebih ringkas dan minimalis.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Malangnya, ramai pengguna internet didapati keliru dengan fon yang digunakan oleh logo tersebut.

 


Ia dibuktikan berdasarkan kajian yang dibuat oleh pengguna Twitter @Shwinnabego yang mendapati carian "KN car" telah meningkat sejak musim panas tahun 2021, terutama apabila lebih banyak kereta Kia dengan logo baharu muncul.

Beliau mendakwa, setiap bulan sekurang-kurangnya 30 ribu orang melakukan pencarian dengan menggunakan kata kunci "KN car".
 

Gopgle


Malah, ada yang bertanya di laman media sosial, "model kereta KN? (KN car model?)"

Data daripada Google Trends menunjukkan fenomena ini tidak terhad kepada pengguna di Amerika Syarikat sahaja, malah pengguna di Australia, Kanada, United Kingdom dan Malaysia turut melakukan pencarian "KN SUV", "KN car brand price" dan "KN car brand electric".

Sumber: Google Trends, Twitter @Shwinnabego

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut data Google Trends yang disusun oleh Compare the Market, Toyota merupakan jenama yang…