Logo baharu Proton dilancarkan dengan slogan 'Inspiring Connections'

oleh Mohamad Hanif|
Proton hari ini memperkenalkan kepada umum penjenamaan semula logo korporat serta slogan baharu yang menterjemahkan cita-cita untuk menjadi jenama automotif moden di peringkat global.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Jenama yang diberikan nafas baharu ini mengetengahkan evolusi Proton semenjak kerjasama strategik dengan Zhejiang Geely Holding Group pada tahun 2017. 

Proton juga turut mengumumkan pencapaian-pencapaian terbaik termasuklah:

  • Pertumbuhan 36% dalam pasaran 
  • Satu-satunya pengeluar utama yang mempunyai pertumbuhan dua digit pada tahun 2019
  • Mempunyai 102 pusat 3S/4S yang kian meningkat bilangannya
  • 5 model baharu yang dilancarkan dalam tempoh 8 bulan
     


Penjenamaan semula Proton dipacu oleh tiga nilai teras iaitu: 

Teknologi Inovatif

  • Proton akan terus memastikan produk-produknya dilengkapi dengan teknologi terbaik, seperti ciri pintar "Hi Proton" pada model-model facelift yang dilancarkan tahun ini.

Kebolehpercayaan

  • Proton mahu para pelanggan untuk terus mempercayai jenama Proton sama ada ia melibatkan kereta, dan juga perkhidmatan selepas jualan.
  • Matlamat ini boleh dicapai menerusi peningkatan kualiti produk dan juga mengaplikasikan piawaian global dan amalan terbaik, termasuklah latihan kakitangan yang berterusan.

Antarabangsa

  • Proton bercita-cita besar untuk menjadi jenama global dan menjadi salah sebuah daripada tiga jenama besar terbaik di rantau ASEAN.
  • Proton akan terus bekerjasama dengan rakan-rakan perniagaannya d peringkat global, memanfaatkan keupayaan rantaian bekalan yang bertaraf antarabangsa, menarik bakat di peringkat global dan menggunapakai teknologi global untuk menjadi jenama automotif global yang kompetitif.
     


Logo dan Slogan baharu

Lambang Harimau yang terdapat di kereta Proton telah dikemaskini kepada sesuatu yang lebih menarik, dengan sentuhan warna perak yang mewakili jati diri Malaysia. 

Logo kepala harimau ini diangkat tinggi, seperti anak panah yang melambangkan kejayaan Proton untuk terus maju ke hadapan.

Slogan baharu Proton 'Inspiring Connections' menampilkan aspirasi jenama ini untuk mengguna pakai teknologi dan mobiliti bagi mewujudkan hubungan kemanusiaan yang memberi inspirasi kejayaan dalam kehidupan. 

Logo baharu Proton ini akan mula digunakan pada SUV pemasangan tempatan, X70 CKD dan diteruskan dengan model-model Proton baharu akan datang. 


 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Dalam usaha pengembangan keupayaan pemasangan cermin gelap sendiri, kemudahan baharu itu mampu…
Berita Domestik
Pengadaptasian tenaga hijau tersebut yang telah dilancarkan dua tahun lalu telah membolehkan PROTON…