Logo dan warna identiti baharu Rolls-Royce - lebih elegan dan mewah!

oleh Mohamad Hanif|
Rolls-Royce tidak lagi memandang jenama sendiri sebagai sebuah pengeluar automotif, sebaliknya mereka menyifatkan jenama tersebut sebagai sebuah 'rumah segala kemewahan'.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Menerusi program penjenamaan semula yang dijalankan itu, Rolls-Royce mahukan jenama tersebut supaya menarik lebih banyak golongan muda - memandangkan purata umur rata-rata pembeli jenama Rolls-Royce adalah 43.

 


Langkah tersebut termasuklah memperkenalkan semula hiasan bentuk tubuh wanita Spirit of Ecstasy yang lebih ringkas, dan direka supaya sentiasa mengarah ke kanan bagi memberikan gambaran 'Spirit of Ecstasy' yang memandang ke arah masa hadapan.

"Penggunaan ikon Spirit of Ecstasy ini menandakan perubahan daripada sebuah jenama automotif kepada sebuah jenama gaya hidup," menurut Marina Willer, ketua pasukan penjenamaan semula Rolls-Royce.

 


Selain daripada itu, Rolls-Royce akan menggunakan warna identiti baharu dikenali sebagai Purple Spirit yang akan digandingkan dengan warna mawar emas (rose gold).

Menurut pasukan tersebut, pemilihan dua warna tersebut dipercayai menandakan status kemewahan dan umur yang panjang.

Penjenamaan semula itu turut melibatkan perubahan terhadap font asal Rolls-Royce - sebelum ini Gil Sans Alt - di mana ia kini membawakan jenis huruf (typeface) Riviera Nights.

 


Namun, logo monogram RR khas yang asal itu tidak disentuh oleh pasukan tersebut, memandangkan ia merupakan salah satu daripada identiti Rolls-Royce ikonik yang telah pun dikenali umum.

Penggunaan logo dan warna identiti baharu Rolls-Royce ini akan bermula pada 1 September ini, bertepatan dengan tarih pelancaran model baharu Ghost.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Cullinan II masih lagi Cullinan yang dikenali, badan berkotak, gah dan sebuah Rolls-Royce.…
Berita Global
Tenaga disalurkan ke roda belakang melalui transmisi manual 4 kelajuan, menjadikan ia antara…
Berita Global
Biarpun berdepan dengan risiko senarai hitam, ia tidak menghalang seorang pemilik Spectre untuk…