Logo stereng mungkin kena muka bila beg udara beroperasi - Mazda kena panggil semula lebih dari 260k kenderaan

oleh HEZERI SAMSURI|
Logo Mazda pada stereng yang mungkin tercabut dan mengenai muka bila beg udara beroperasi kini menjadi punca kempen panggil semula (recall) besar-besaran oleh jenama itu di US.

Mazda berkata masalah berpunca dari bahan yang digunakan untuk membuat logo tersebut, tetapi ia tidak begitu memberikan banyak masalah, sehingga lebih banyak laporan diterima.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Menurut Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuh Raya Kebangsaan (NHTSA), Mazda menerima 10 laporan berkaitan masalah itu dari September 2015 sehingga Ogos 2019, dan pernah disaman dua kali di US kerana isu yang sama.

Sebanyak 260,915 unit Mazda3 dari tahun 2004 sehingga 2007 akan dipanggil semula.

Mazda memilih untuk mengambil tindakan berkaitan isu itu kerana "mahu berhati-hati" dan juga kerana satu kes "serius" yang berlaku dalam bulan Mac 2019.

Careta sedang menunggu laporan dari Bermaz, wakil Mazda di Malaysia untuk mengetahui adakah unit di Malaysia turut terbabit.


* Laporan lanjut di Jalopnik.com

 


 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Ia direalisasikan melalui Changan Mazda Automobile Co., Ltd., iaitu anak syarikat tempatan yang…
Berita Global
  Model istimewa ini ditawarkan dalam kedua-dua jenis bumbung lembut Roadster atau Roadster RF…
Berita Global
Sebagai contoh bahagian bawah bampar lebih rendah, rim baharu dan penawaran kulit merah baharu.…