Lokasi pemasangan RFID VEP di JPJ Johor, Akademi Pengangkutan Jalan Wilayah Selatan ditutup

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Lokasi pemasangan tag Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) Permit Kemasukan Kenderaan Asing (VEP) di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor dan Akademi Pengangkutan Jalan Wilayah Selatan ditutup bermula Rabu (hari ini).

Sehubungan itu, Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata pemilik kenderaan Singapura boleh hadir ke tiga lokasi baharu bagi memasang RFID VEP.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Lokasi baharu berkenaan adalah di parkir Tingkat 7, Paradigm Mall pada esok hingga Khamis (30-31 Oktober) bermula 10 pagi hingga 12 tengah malam serta 1 November ini hingga 31 Januari 2025 bermula 10 pagi hingga 10 malam.

Pemasangan RFID VEP juga boleh dibuat di VEP Collection Center (VCC) Danga Bay, Jalan Skudai, Johor Bahru bermula 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.

"Lokasi pemasangan lain ialah di Woodlands Center di MY VEP PTE LTD, 186 Woodlands Industrial Park E5, #03-01, Singapore 757515 bermula 9 pagi hingga 5 petang pada Isnin hingga Jumaat," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Penguatkuasaan VEP di sempadan darat Malaysia-Singapura bermula 1 Oktober lalu selaras dengan Seksyen 66H (7), Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) iaitu menjadi kesalahan jika mana-mana orang yang memandu kenderaan motor asing tanpa permit sebelum memasuki atau berada di dalam Malaysia.

Bagi pendaftaran dan maklumat lanjut berkenaan tag VEP boleh layarihttps:// www.vep.jpj.gov.my.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kalau berlaku kehilangan lesen ataupun cukai jalan itu tidak men jadi masalah sekarang ini kerana…
Berita Domestik
Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Datuk Jazmanie Shafawi berkata, pihaknya…
Berita Domestik
"Setakat 27 November, 177 institut memandu (IM) daripada 245 IM telah terlibat dalam menawarkan…