Lokomotif diesel elektrik buatan pertama Malaysia sedia dihantar ke Tanzania

oleh Mohamad Hanif|
Lokomotif diesel elektrik yang pertama buatan Malaysia, H10 Series yang dihasilkan oleh SMH Rail Sdn Bhd kini sedia untuk digunakan oleh Tanzania Railways Corporation (TRC).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut pengerusi dan pengarah urusan SMH Rail, Datuk PK Nara menjelaskan, lokomotif yang mesra alam itu akan diserahkan kepada pihak TRC dalam masa terdekat, sekaligus mengiktiraf keupayaan SMH Rail sebagai pengeluar tempatan yang mengeksport lokomotif ke pasaran global.

Penghantaran kumpulan pertama lokomotif H10 Series itu akan diterima oleh Menteri Kerja Raya dan Pengangkutan Tanzania, Prof. Makame M Mbarawa.

Lokomotif itu dibina untuk kegunaan pengendali pengangkutan Afrika dengan TRC sebagai pelanggan pertamanya.
 

H10


Beliau turut menambah, penggunan H10 Series ini bakal memenuhi keperluan operasi rel kerajaan Tanzania menerusi sambungan yang lebih lancar dan kebolehcapaian yang dipertingkatkan.

Lokomotif H10 Series yang dihasilkan oleh SMH Rail ini telah disenaraikan di dalam Malaysia Book of Records sebagai Lokomotif buatan tempatan pertama untuk dieksports, selain mematuhi piawaian Kesatuan Antarabangsa Keretapi (UIC).

Lokomotif ini dilengkapi dengan penyelesaian pemantauan dan diagnostik jarak jauh, membolehkan pengendali memantau prestasi dari jarak jauh termasuk kelajuan, keperluan penyelenggaraan, penggunaan bahan api dan pemberitahuan ralat.

SMH Rail beroperasi dari kemudahan pengeluaran kereta api bersepadu yang terletak di Rasa, Hulu Selangor dan mempunyai operasi serantau di beberapa pasaran serata dunia.

Sumber: Berita Harian