Lori disita: Syarikat pengangkutan perlu selesai proses berkaitan dengan mahkamah

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Kes lori yang dilaporkan disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana membawa muatan berlebihan, adalah tertakluk kepada bidang kuasa mahkamah.

JPJ dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan syarikat pengangkutan terlibat perlu menyelesaikan proses berkaitan dengan mahkamah berdasarkan prosedur yang ditetapkan Seksyen 57 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Seksyen 80 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2
Jaecoo J7 PHEV Launch MREC Banner Campaign March 2025

Merujuk kepada laporan bertajuk 'Pemandu terus buntu, JPJ masih sita lori walau kompaun sudah dibayar' yang diterbitkan portal berita semalam, menurut kenyataaan itu: "Dimaklumkan juga bahawa keputusan kes bagi tindakan berkenaan adalah tertakluk kepada bidang kuasa pihak mahkamah."

Menurut laporan tersebut, sekumpulan pemandu kenderaan berat buntu selepas lori milik mereka masih belum dilepaskan daripada sitaan JPJ sejak sembilan bulan lepas hingga menyebabkan masing-masing hilang punca pendapatan.

Rata-rata pemandu yang ditemui menurut laporan tersebut mendakwa mereka telahpun melangsaikan kompaun atas kesalahan membawa lebih muatan.

JPJ memaklumkan pihaknya melaksanakan tindakan tegas menyita kenderaan berat milik sekumpulan pemandu lori kerana mereka didapati membawa muatan melebihi 70 sehingga 140 peratus had dibenarkan.

Menurut kenyataan JPJ itu kenderaan berat yang dilesenkan untuk membawa muatan adalah tidak dibenarkan melebihi had berat mengikut kapasiti teknikal yang ditetapkan.

"Kenderaan berat yang membawa lebih muatan atau berbahaya berisiko kepada kemalangan maut akibat kegagalan fungsi brek dan kegagalan teknikal kenderaan, selain ia mengakibatkan kerosakan jalan raya yang sering menjadi punca kemalangan kenderaan lain," menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu JPJ tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dalam penguatkuasaan undang-undang bagi mengurangkan risiko kemalangan dan kehilangan nyawa pengguna jalan raya yang lain.

 

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Dalam tempoh itu, kesesakan aliran trafik dijangka tertumpu di lebuh raya utama dan jalan…
Berita Domestik
“Siasatan masih dijalankan dengan bantuan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Kami sedang mengenal…
Berita Domestik
"Pengecualian ini diperkenalkan melalui konsep deklarasi kendiri bagi lima item pemeriksaan yang…