Lori kontena muatan kimia terbalik, penduduk terpaksa kosongkan kediaman

oleh SALINA JALIL|
Beberapa keluarga di Batu 11 Jalan Sungai Udang, di sini terpaksa mengosongkan kediaman apabila sebuah lori kontena yang membawa muatan bahan kimia mudah terbakar jenis ‘Risen’, terbalik, petang semalam.


Langkah itu diambil bagi tujuan keselamatan selepas lori dipandu lelaki berusia 37 tahun itu gagal mengawal kenderaan sebelum terbalik kira-kira jam 4.20 petang ketika dalam perjalanan membawa muatan cecair kimia berkenaan dari sebuah kilang di Tangga Batu menghala ke tol Ayer Keroh.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Pakar Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Bomba Zulkhairani Ramli, berkata nahas berlaku apabila pemandu itu dipercayai gagal mengawal kenderaan di satu selekoh di jalan terbabit, lalu terbalik.

 

“Pemandu lori terbabit dilaporkan mengalami cedera ringan, namun kemalangan itu menyebabkan muatan cecair kimia tumpah dan mengalir ke dalam parit berhampiran.

 

“Sepasukan HAZMAT dari Alor Gajah tiba di lokasi kira-kira 10 minit kemudian bagi mengawal pengaliran cecair itu daripada terus melimpah ke parit seterusnya ke Sungai Ayer Salak/Paya Luboh,” katanya ketika ditemui di lokasi berkenaan, semalam.

 

Berikutan kejadian itu, sebanyak 1.7 tan cecair kimia Risen tumpah menyebabkan pihak HAZMAT melakukan semburan buih bagi menstabilkan tumpahan bahan itu.

 

Zulkhairani berkata, pihaknya akan berusaha untuk memastikan sungai berhampiran tidak tercemar dengan bahan kimia itu.

 

Katanya, beberapa kaedah sudah dilakukan termasuk melakukan sekatan khas di parit untuk mengelak bahan kimia itu mengalir secara terus ke sungai.

 

“Bahan kimia itu jenis yang terapung dan memudahkan kita menyekat ia daripada mengalir bersama air parit,” katanya.

 

 

sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kejadian tersebut turut menjadi tular di media sosial. Menerusi video berdurasi 23 saat itu,…
Hezeri Samsuri
Penambahan keperluan, peningkatan beban kargo dan jumlah trafik, perkembangan teknologi kenderaan…
Berita Domestik
Jangan tidak tahu, waranti tanpa had perbatuan itu lengkap ditawarkan bersama pakej Bantuan Scania…