Lori tanah terbabas langgar 3 kenderaan, 6 cedera

oleh Penyumbang Rencana|
foto Berita Harian
Polis mengesahkan enam individu cedera termasuk seorang patah kaki akibat dirempuh lori membawa muatan tanah di simpang empat lampu isyarat Jalan Bukit Cerakah/Jalan Seri Jaya, Meru, Klang pagi Selasa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Pemangku Superintendan Mohd Rahimi Zainol, berkata pihaknya dimaklumkan berhubung kejadian itu pada jam 10 pagi tadi membabitkan empat kenderaan iaitu dua kereta dan dua lori di Jalan Bukit Cerakah menghala ke Jalan Seri Jaya.

"Kemalangan berlaku pada jam 8.57 pagi, apabila lori yang membawa muatan tanah menuruni bukit hilang kawalan sebelum terbabas dan menggelungsur ke kanan lalu melanggar tiga kenderaan yang berada di laluan kanan.

"Siasatan mendapati, tujuh individu terbabit kemalangan dengan enam cedera termasuk seorang parah dan mangsa dihantar ke hospital berlainan iaitu Hospital Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dan Hospital Shah Alam," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Mohd Rahimi berkata, pemandu lori tanah yang juga lelaki warga tempatan berumur 35 tahun dan cedera ringan itu dibawa ke balai polis bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Orang ramai yang mempunyai maklumat kemalangan ini diminta menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Surihan di talian 013-2082327 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad…
Berita Domestik
Susulan itu sepasukan anggota dari BBP Kulim yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Sholihin…
Berita Domestik
Jabatan Pengangkutan Jalan dalam satu operasi yang dilakukan di Jalan Batu 28, Jenderam Hilir, …