Lori terbabas jatuh gaung, pemandu dan kelindan maut

oleh SALINA JALIL|
Dua maut apabila sebuah lori membawa baja terbabas ke dalam gaung di Kilometer 43.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat Bentong, semalam.


Ketua Polis Daerah Bentong Superitenden Zaiham Mohd Kahar berkata, pemandu lori berusia 56 tahun bersama kelindannya berusia 25 tahun maut di tempat kejadian.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Siasatan awal mendapati lori berkenaan dari Sabak Bernam, Selangor menghala ke Raub dipercayai hilang kawalan di kawasan selekoh di tempat kejadian sebelum terbabas ke kiri jalan dan terjunam ke gaung.

 

"Kedua mangsa kemudiannya tersepit di bawah lori itu," katanya.

 

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Katanya, mana-mana pihak yang menyaksikan kejadian berkenaan diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

 

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong Azha Aris berkata, pihaknya bomba menerima panggilan pada 2.40 petang dan sampai ke lokasi kejadian pada 3.00 petang.

 

"Seramai 13 anggota bomba terbabit dalam operasi mengeluarkan kedua mangsa yang tersepit," katanya.

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Akibat pergeseran itu, motosikal yang dinaiki mereka bertiga hilang kawalan dan terbabas,…
Berita Domestik
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Anuar Ali berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur…
Berita Domestik
Dalam kejadian jam 1.38 tengah hari, dua beranak itu dikatakan tersepit di tempat duduk penumpang…