Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Mohd Ridwan Mohd Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.46 pagi.
"Kemalangan melibatkan sebuah treler yang membawa muatan tujuh kereta jenis Proton Saga dari Kota Kinabalu ke Pantai Timur. Treler tersebut terbabas sendiri lalu terjunam dari ketinggian lebih 50 kaki.
"Kemalangan tersebut turut menyebabkan kerosakan sebuah rumah akibat dihempap pokok. Seorang mangsa, iaitu pemandu treler, turut terlibat namun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.
Operasi ditamatkan pada jam 12.50 tengah hari.