Lorong kecemasan arah utara PLUS (Bidor ke Sungkai) ditutup 10 hari

oleh SALINA JALIL|
Laluan lorong kecemasan dan kiri antara Bidor menuju ke Sungkai, Perak ditutup 10 hari bermula semalam bagi kerja penyelenggaraan jalan.


PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam satu kenyataan memaklumkan, kerja-kerja penyelenggaraan itu sebagai meningkatkan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Penutupan ini secara tidak langsung dapat mengelakkan perkara yang tidak dapat dijangka ketika proses penyelenggaraan jalan tersebut antaranya membabitkan kemalangan serta bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas,” kata kenyataan semalam.

 

Menurut kenyataan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan merancang perjalanan terlebih dahulu dengan menggunakan Aplikasi PLUS melalui paparan kamera litar tertutup (CCTV) yang dsediakan bagi tujuan mendapatkan maklumat trafik semasa bagi laluan tersebut.

 

Kata kenyataan itui, pengguna juga boleh meminta bantuan PLUSronda dengan menekan butang SOS pada aplikasi tersebut.

 

Pengguna jalan raya juga dinasihatkan mematuhi papan tanda trafik dan arahan yang dikeluarkan oleh kakitangan PLUS ketika melalui di kawasan itu.

 

 

 

– UTUSAN ONLINE

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pihak PLUS akan mengaktifkan SmartLane di 14 lokasi tumpuan trafik…
Berita Domestik
MyPLUS-TTA merupakan sebuah aplikasi berkonsepkan pengagihan trafik berdasarkan polar perjalanan…