Lorong motosikal masuk, keluar plaza tol sempit, tidak praktikal

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Kewujudan tiang penghadang kiri dan kanan laluan masuk serta keluar lorong motosikal di plaza-plaza tol di negara ini tidak lagi praktikal pada ketika ini khususnya kepada penunggang motosikal berkuasa tinggi yang menggunakan lorong terbabit.

Penaung Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi, Daz Bikers, Datuk Seri Zuhairi Ab. Kadir berkata, mungkin bagi motosikal kecil sesuai, namun tidak pada motosikal berkuasa tinggi yang mempunyai saiz lebih besar.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Jadi katanya, perkara itu perlu dikaji semula oleh syarikat-syarikat pengendali lebuh raya kerana saiz motosikal semakin besar, maka laluan disediakan juga perlu selari dengan perkembangan semasa.

“Isu ini lebih kepada penunggang motosikal berkuasa tinggi terutama yang ada ‘box’ di kiri dan kanan.

“Apabila mereka lalu laluan motosikal di plaza tol, ia terlalu sempit, ‘ngam-ngam’ sahaja. Kerap juga berlaku kemalangan dan terjatuh kerana ‘box’ tersangkut pada tiang penghadang di kiri dan kanan laluan.

“Kita merasakan tak ada keperluan pun dibuat tiang penghadang kiri dan kanan laluan motosikal di plaza tol kerana ia tidak lagi sesuai dan praktikal ketika ini demi keselesaan semua penunggang motosikal,” katanya dalam kenyataan di Kuantan.

Mengulas lanjut, Zuhairi berkata, aduan dibuat kepada syarikat pengendali lebuh raya setiap kali berlaku kemalangan membabitkan motosikal berkuasa tinggi di laluan tersebut, namun ia dipandang sepi dan tiada tindakan diambil.

Beliau berkata, Daz Bikers mencadangkan supaya laluan paling kiri plaza tol dijadikan lorong khas untuk pengguna motosikal dan tidak perlu tiang penghadang.

“Cadangan ini bukan baru kerana sudah ada pun lebuh-lebuh raya yang melaksanakannya. Tidak perlu laluan yang ada tiang dan besi penghadang sebaliknya terus lalu di laluan paling kiri di plaza tol, ini lebih praktikal.

“Kita harap semua syarikat pengendali lebuh raya melaksanakan inisiatif ini kerana ia sudah pun dilaksanakan di lebuh-lebuh raya lain. Jadi tiada isu ia boleh membahayakan dan tidak praktikal,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan pemandu kereta supaya tidak membuat pusingan U secara melulu kerana banyak kes kemalangan maut terutama membabitkan penunggang motosikal berkuasa tinggi.

 

 

Utusan Online

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Di masa hadapan apabila dirancangkan pembinaan lebuh raya baharu, kita mungkin boleh letakkan…
Berita Domestik
Begitupun di Malaysia, hakikat harus diakui bahawa motosikal adalah antara komponen penting dalam…
Berita Domestik
  "Rakaman video itu memaparkan sebuah kereta dipandu di lorong motosikal di lokasi terbabit yang…