Lorong plaza tol Kemuning arah timur ditutup sementara bermula Jumaat ini

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Lorong E20 Plaza Tol Kemuning Arah Timur akan ditutup sementara kepada pengguna Lebuh Raya Shah Alam (LSA) bermula Jumaat hingga Isnin ini.


Kesas Sdn Bhd dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan penutupan akan bermula pada 10 malam Jumaat hingga 6 pagi, Isnin.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menurut kenyataan itu, penutupan dilakukan bagi pelaksanaan kerja membaik pulih permukaan jalan konkrit di lorong itu demi keselamatan dan keselesaan pengguna.

 

Kesas Sdn Bhd sehubungan itu menasihatkan pengguna berhati-hati ketika memandu dan mematuhi arahan papan tanda yang disediakan di kawasan tersebut. 

 

 

-- BERNAMA