Lorong tengah, kanan KM8-KM7 Jambatan P.Pinang ditutup Sabtu malam hingga pagi Ahad ini

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menutup lorong tengah dan kanan di Kilometer (KM) 8 hingga KM 7 Jambatan Pulau Pinang menghala Perai, bermula Sabtu malam hingga Ahad ini.

PLUS dalam kenyataan memaklumkan penutupan bermula 10 malam Sabtu hingga 9 pagi Ahad itu bagi kerja-kerja penyelenggaraan penyambung jambatan di Jambatan Pulau Pinang arah ke Perai.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"PLUS menasihatkan pengguna yang menggunakan Jambatan Pulau Pinang untuk ke Perai supaya merancang perjalanan mereka susulan penutupan lorong tengah dan kanan di jambatan tersebut.

"Pengguna dinasihatkan menggunakan Aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini dan mereka juga diminta mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh petugas ketika melalui kawasan terbabit," menurut kenyataan itu.

Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi Chatbot PUTRI, Aplikasi X@plustrafik, Aplikasi PLUS, Papan Tanda Elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih atau menghubungi talian PLUSLine di 1800-88-0000 untuk mendapatkan maklumat trafik atau sekiranya ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mengikut pertuduhan, tertuduh secara bersama telah menakutkan secara jenayah terhadap Mohd Faizul…
Berita Domestik
Penahanan kedua-dua suspek berusia lingkungan 50-an dan 30-an itu dibuat di sebuah premis di George…
Berita Domestik
Memetik laporan BH Online, mangsa ditemukan dalam keadaan lemah dan Komander Operasi Kanan Jabatan…