Fasiliti yang memiliki keluasan 12,300 meter persegi Hurricane Way itu akan menggabungkan jabatan pembuatan keluli dan struktur ringan Lotus di bawah satu bumbung, dan akan menghasilkan struktur casis aluminium untuk model-model Elise, Evora dan Exige.
Malah, menurut Lotus lagi, kilang tersebut juga akan menghasilkan komponen aluminium untuk syarikat kenderaan global seperti Volvo, LEVC dan Lynk & Co yang dimiliki oleh Geely.
Selain daripada itu, bangunan baharu itu juga bakal menempatkan kilang kimpalan dan pembuatan stuktur keluli, termasuklah subrangka dan juga komponen suspensi.
Bangunan asal di Worcester akan diubahsuai oleh pemegang bebas setelah Lotus mengosongkan premis itu pada Mei 2021, dan kesemua pekerja Lotus akan diberikan peluang untuk pindah ke tempat baharu.