Lotus Eletre, SUV hiper 603 hp dan 905 hp, daripada RM488k!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Lotus Eletre 2023
Lotus Eletre 2023
Selepas memperkenalkan Lotus Eletre pertama pada Mac, Lotus Cars pada 25 Oktober mendedahkan harga dan spesifikasi untuk pasaran Eropah.

Eletre bukan sekadar sebuah lagi SUV dari jenama berprestasi bagi mendapatkan pembeli, ianya adalah SUV hiper dengan kuasa 450 kilowatt (kW) (603 hp) dan 675 kW (905 hp).

Eletre adalah produk buatan antarabangsa dengan pembangunan di Hethel dan Conventry, United Kingdom (UK), Raunheium, Jerman dan Wuhan, China.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Lotus Eletre 2023

 

Ada tiga varian yang ditawarkan untuk pembeli di Eropah iaitu Eletre, Eletre S dan Eletre R dengan dua pilihan rangkaian kuasa.

Eletre dan Eletre S berkuasa 450 kW (603 hp) dengan jarak gerak 600 kilometer (km) manakala varian paling laju Eletre R berkuasa 675 kW (905 hp) dan jarak gerak 490 km.

Daya kilas Eletre dan Eletre S ialah 710 Nm, Eletre R pula lebih perkasa dengan 985 Nm. 

Ketiga-tiga model dibekalkan bateri 112 kilowatt jam (kWj) dan tempoh pengecasan dari 10 hingga 80 peratus hanya memerlukan 20 minit menggunakan pengecas pantas.

 

Lotus Eletre

 

Eletre bukan sebuah kereta ringkas seperti model Lotus lain yang berkonsepkan keseronokan pemanduan mutlak.

Eletre dibuat sebagai kenderaan gaya hidup dan canggih dengan kabin kokpit digital yang menggunakan Sistem Operasi (OS) Lotus Hyper.

Sistem itu menggunakan teknologi Unreal Engine dari industri permainan dan kuasa pemprosesan pula terdiri daripada dua System-On-Chip (SoC) Qualcomm 8155.

Digital Head Unit Eletre dari syarikat yang mungkin biasa didengari pengguna PROTON iaitu ECARX.

 

Lotus Eletre 2023

 

Sistem navigasi bersepadu disediakan oleh HERE Technologies dengan fungsi seperti Perjalanan EV, Bantuan Jarak EV dan Jangkaan Perjalanan.

Halwa telinga didendangkan oleh sistem Dolby Atmos dan pembesar suara KEF Audio.

Kesemua model Eletre dilengkapi pengecas telefon tanpa wayar, kerusi depan 12 larasan elektrik, 15 pembesar suara KEF Premium Audio 1,380 watt.

Skrin besar di tengah papan pemuka berukuran 15.1 inci dengan paparan OLED Definisi Tinggi (HD).

Juga standard, teknologi LIDAR yang menyokong teknologi pemanduan autonomi (AD).

Fungsi kemaskini perisian secara over the air (OTA) membolehkan sistem AD yang lebih canggih digunakan apabila dibenarkan oleh undang-undang pada masa depan.

 

Lotus Eletre 2023

 

Walaupun sebagai SUV, Eletre tidak semestinya perlu memuatkan lima penumpang dan pembeli boleh memesan Executive Seat Pack dengan dua tempat duduk di belakang.

Dari segi praktikaliti, model lima penumpang mempunyai ruang bagasi 688 liter dan 611 liter untuk model empat penumpang. 

Bagi membawa lebih muatan seperti basikal dan sebagainya, kerusi model lima penumpang boleh dibaringkan dan pengguna mendapat ruang sebanyak 1,532 liter. 

Eletre sememangnya sebuah SUV besar dengan ukuran panjang 5,103 milimeter (mm), lebar 2,231 mm, dan tinggi 1,630 mm (roda 20 inci).

 

Lotus Eletre 2023

 

Eletre standard dijual daripada GBP£89,500 (RM488,772.27) dengan kelengkapan asas seperti gril depan aktif, suspensi udara aktif, torque vectoring dan lima mod pemanduan.

Turut dilengkapi roda 22 inci atau pilihan 20 inci dan 23 inci dengan lima corak roda dan enam warna angkup brek.

Eletre S yang merupakan model pertengahan dijual daripada 104,500GBP (RM570,608.38).

Varian itu dilengkapi cermin privasi, spoiler belakang aktif, lampu suasana boleh laras, pelapik ambang pintu bercahaya dan sistem kualiti udara.

Turut dilengkapi penutupan pintu perlahan, cermin sisi gelap automatik dan 23 pembesar suara KEF Reference Audio 2,160 watt.

 

Lotus Eletre 2023

 

Eletre R pula ditugaskan sebagai varian andalan dengan pecutan 0-100 kilometer sejam (km/j) dalam masa 2.95 saat dan kelajuan maksimum 265 km/j.

Sebagai perbandingan, pecutan 0-100 km/ Eletre dan Eletre S memerlukan 4.5 saat dengan kelajuan maksimum 258 km/j.

Walaupun lebih laju, Eletre R mempunyai jarak gerak lebih pendek berbanding dua lagi model Eletre.

Bagaimana pula dengan harga? Pasti lebih tinggi dan bermula daripada 120,000GBP (RM655,097.52)

 

Lotus Eletre 2023

 

Spesifikasi standard Eletre R merangkumi Lotus Dynamic Handling Pack, Carbon Fibre Pack, roda hitam kilat dan tayar berprestasi tinggi.

Turut dilengkapi pedal sport besi tahan karat, logo warna hitam. 

Satu ciri eksklusif pada Eletre R ialah Mod Litar dengan tetapan redaman dan kawalan anti oleng yang lebih beorientasikan prestasi dan juga badan yang lebih rendah.

Karakker pada mod itu menggunakan input dari sesi pemanduan di litar Nürburgring, Jerman.

 

Lotus Eletre 2023

 

Mod Litar juga membolehkan gril depan dibuka sepenuhnya dan kawalan mula pandu (launch control) dengan akses serta merta kepada kuasa penuh kereta.

Tidak dihadkan kepada model tertentu, kesemua pembeli boleh memesan Eletre mereka dengan pakej tambahan seperti Lotus Dynamic Handling Pack dan Ceramic Brake Pack.

Juga ditawarkan Extended Carbon Fibre Pack dan Interior Carbon Fibre Pack.

Pembeli juga ditawarkan dua Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) iaitu Parking Pack dan Highway Assist Pack.

 

Lotus Eletre 2023

 

Satu ciri penting bagi kereta elektrik ialah jaminan pengeluar dan Eletre didatangkan dengan lima tahun waranti atau 100,000 batu (160,934.4 km).

Selepas membuat pesanan, pelanggan di Eropah akan mula menerima Eletre mereka pada setengah tahun pertama 2023.

Pasaran seperti Amerika Utara, Timur Tengah, Asia Pasifik dan rantau lain bermula pada tahun 2024. 

Kepada yang berkenan, sukacita dimaklumkan kenderaan elektrik menerima pengecualian duti import, eksais dan bayaran import permit (AP) sehingga 31 Disember 2024. 

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Lotus Eletre 2023

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Berikut merupakan senarai harga jualan untuk SUV elektrik Lotus Eletre:   Eletre S - RM698,000…
Berita Global
Dengan kehadiran Emeya, ia sekaligus bakal memberikan cabaran kepada sedan elektrik pantas seperti…
Berita Global
Ini kerana sepanjang tahun 2022, Lotus telah merekodkan kerugian berjumlah £145 juta (RM852.26 juta…