Lotus Emira i4 First Edition terima harga rasmi - Enjin 2.0 liter 4 silinder, 360 HP, RM998,800

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Lotus Cars Malaysia telah mengumumkan harga rasmi bagi model ICE terakhirnya, iaitu Lotus Emira i4 First Edition dengan harga istimewa RM998,800.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Harga tawaran itu sah untuk Emira dengan tahun buatan 2023, sebelum harga asalnya ditawarkan dari RM1,095,000 di Semenanjung Malaysia dan RM509,000 tanpa cukai di Langkawi.

Apa spesifikasi yang berbeza? Terima sumber dari nadi Mercedes-AMG, Emira versi jimat cukai jalan itu dikuasakan enjin 2.0 liter 4 silinder dipadankan dengan transmisi automatik DCT 8 kelajuan.

 

2

 

Pembangunan lanjut oleh Lotus termasuklah sistem pengambilan dan ekzos baharu, serta penentukuran untuk dipadankan dengan transmisi baharu, membolehkan Emira i4 menghasilkan 360 HP pada 6,600 rpm dan 430 Nm tork pada 3,000-5,500 rpm.

Bukan sekadar angka prestasi semata-mata, Emira i4 mampu memecut dari 0-100 kmj dalam 4.4 saat dan kelajuan tertinggi sehingga 290 kmj.

Seperti Emira V6 yang memperoleh pelbagai anugerah, pengeluaran Emira i4 juga dihasilkan di Chapman Production Centre(CPC) di Hethel.

 

3

 

Lotus Advanced Structures di Norwich pula  bertanggungjawab untuk sub-pemasangan struktur casis aluminium ringan.

Kembali ke bahagian enjin, nadi 1,991 cc itu dibangunkan khusus untuk menghasilkan prestasi terbaik bagi sebuah sportcar.

Ia menampilkan blok silinder yang dihasilkan dari proses penuangan sejuk termaju dalam struktur tahan lasak dan berkekuatan tinggi untuk menahan beban yang tinggi.

 

4

 

Kedua-dua komponen utama iaitu aci engkol keluli dan omboh aluminium juga ditempa untuk kekuatan optimum dan keseimbangan berat yang efisien.

Bahagian kepala silinder pula dilengkapi empat injap setiap silinder bersama sistem suntikan terus 200 bar.

VVT untuk aci sesondol (camshaft) masuk dan ekzos, serta penyuntik (injector) piezo berketepatan tinggi bergabung untuk menghasilkan pembakaran yang lebih baik dan mengeluarkan prestasi maksimum.

 

5

 

Untuk kuasa maksimum, penyuntik piezo disambungkan oleh penyuntik bahan api port untuk menyalurkan jumlah petrol yang tepat diperlukan pada kuasa penuh.

Pengecas turbo pula menggunakan reka bentuk 'twin-scroll' untuk kecekapan pertukaran gas yang lebih baik, rangsangan yang lebih pantas, peningkatan tekanan dan tindak balas yang dipertingkatkan, dibantu oleh wastegate yang dikawal secara elektronik.

Menghantar kuasa ke roda belakang, DCT lapan kelajuan itu menawarkan penukaran gear yang lebih pantas tanpa menjejaskan tork, sekaligus meningkatkan kecekapan dan keselesaan peralihan.

 

6

 

Melalui penggunaan nadi empat silinder bersama naik taraf komponen dan subframe belakang aluminium tuang ringan itu, Emira i4 menjadi 12 kg lebih ringan berbanding Emira V6.

Lotus Emira i4 First Edition kini sedia untuk ditempah, di mana penghantaran pertama akan dibuat bermula bulan November tahun ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sejak pengenalannya, Lotus terlebih dulu menawarkan Emira 3.5 dan kini tiba giliran Emira…