Lotus Emira masih belum boleh dijual di US, walaupun sudah hampir tiga tahun dilancarkan

oleh Mohamad Hanif|
Sudah hampir tiga tahun dilancarkan di Amerika Syarikat, Lotus nampaknya masih belum dibenarkan untuk mengedarkan kereta sports Emira kepada pelanggannya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan Automotive News, ratusan unit Lotus Emira masih lagi tersadai di kebanyakan pusat pengedar di US memandangkan Lotus masih lagi belum menerima pensijilan emisi daripada California Air Resource Board (CARB).

Tanpa kelulusan CARB, kereta sports Lotus itu tidak boleh dijual di mana-mana 50 buah negeri di Amerika Syarikat.

Selain daripada itu, Lotus juga mahu mengelakkan para pelanggannya berdepan dengan kesukaran untuk mendaftarkan unit Emira terpakai dari 36 buah negeri yang menggunapakai peraturan EPA di 14 negeri yang menggunakan peraturan CARB.
 

emira


Wakil jurucakap pengeluar itu turut memberitahu pihak Lotus telah mengemaskini perisian trenkuasa Emira supaya selari dengan undang-undang CARB, dan pemilik hanya perlu menunggu sehingga pensijilan tersebut diluluskan.

Terdapat sesetengah pemilik dan pengguna forum di Lotus Talk tidak begitu gembira dengan situasi semasa, memandangkan ada di antara mereka yang telah meletakkan tempahan sejak dari tahun 2021 lagi.
 

lotus


Lotus Emira merupakan kereta sports terakhir Lotus dengan enjin pembakaran dalaman.

Terdapat dua pilihan enjin ditawarkan, iaitu nadi bentangan V6 3.5 liter (2GR-FE) Toyota menghasilkan 400 hp, atau nadi AMG 2.0 liter menghasilkan 360 hp.

Baca: Lotus Emira 2022
Baca: Lotus Emira V6 First Edition
Baca: Lotus Emira dengan nadi AMG 2.0L

Sumber: Automotive News

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Berikut merupakan senarai harga jualan untuk SUV elektrik Lotus Eletre:   Eletre S - RM698,000…
Berita Global
Ini kerana sepanjang tahun 2022, Lotus telah merekodkan kerugian berjumlah £145 juta (RM852.26 juta…
Berita Global
  Sejak pengenalannya, Lotus terlebih dulu menawarkan Emira 3.5 dan kini tiba giliran Emira…