Lotus Exige 20th Anniversary - model edisi khas sempena ulangtahun kelahiran Exige

oleh Mohamad Hanif|
Lotus Exige mula diperkenalkan kepada umum pada tahun 2000 menerusi model Series 1 sebelum disusuli dengan pelbagai jenis model edisi khas dan edisi terhad tipikal Lotus.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sedar tak sedar, usia Exige sudah pun menjangkau 20 tahun dan bersempena dengan itu, Lotus dengan bangganya melancarkan sebuah lagi model edisi khas yang digelar sebagai Lotus Exige 20th Anniversary.

Model yang menggunakan asas Exige Sport 410 itu ditawarkan dalam tiga warna retro iaitu Chrome Orange, Laser Blue, dan Calypso Redsebagai tambahan kepada warna sedia ada iaitu Saffron Yellow, Motorsport Black, dan Arctic Silver.

 


Antara ciri tambahan yang dibawakan termasuklah bumbung yang mengikut warna badan, bukaan udara sisi, pelindung batu berbentuk sirip jerung dan pemasangan sayap belakang.

Bagi membezakan antara model-model Lotus yang pelbagai itu adalah kemasan fender "Series 1" di atas logo 410 dan logo "20" yang terletak pada plet penghujung sayap belakang.

Kemasan tersebut diteruskan di bahagian kabin di mana Lotus menambah silhouette pada belakang tempat duduk.

 


Selain daripada itu, ciri standard yang dibawakan termasuklah radio digital DAB dengan sambungan Bluetooth, kawalan pelayaran, stereng Alcantara, serta set rim aloi forged ringan.

Manakala yang berminat boleh mendapatkan ciri opsyen sill trim gentian karbon, bateri lithium-ion yang lebih ringan, dan set ekzos titanium.

Namun, Lotus Exige 20th Anniversary masih membawakan nadi bentangan V6 3.5 liter yang menghasilkan 410 kuasa kuda dan 420 Nm yang dipadankan dengan transmisi manual nisbah rapat enam kelajuan.

 


Aspek pengendalian juga adalah standard komponen penyerap hentak boleh laras tiga cara dari Nitron yang membenarkan pemandu menala sistem suspensi untuk tujuan yang berbeza - pemanduan seharian ataupun pemanduan serius di litar lumba.

Untuk model edisi khas ini, Lotus menjual Exige Sport 410 20th Anniversary Edition pada harga bermula dari £79,900 (RM427,231).

Berita Berkenaan

Berita Global
  Bermula dari tahun 1996 hingga 2000, Elise dan Exige generasi pertama dipasang di sebuah dewan…
Berita Global
Serentak dengan itu, syarikat yang pernah dimiliki oleh Proton itu turut mengumumkan bakal…
Berita Global
Kilang pemasangan bernilai $1.3 billion itu dijangka mampu memasang kira-kira 15,000 kereta setahun…