Lotus? Ini dia perancangan masa depan jenama eksotik British itu.

oleh HEZERI SAMSURI|
Bukti Geely untuk mengubah haluan syarikat automotif Lotus tidak dapat disangkal bila model Evija, sebuah hypercar elektrik dilancarkan Julai lalu.

Namun begitu, pelancaran sebuah hypercar tidak bermakna syarikat Lotus akan kekal segar selamanya kerana hypercar bukannya boleh dijual dalam jumlah yang banyak.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Untuk itu, CEO Lotus, Phil Popham menerangkan apakah perancangan seterusnya syarikat tersebut.

Ikuti wawancara antara Nick Gibbs dari Automotive News Europe bersama Popham.

 

Di manakah letaknya produk Lotus (dari segi harga) berbanding dengan pesaingnya?

Buat masa sekarang, produk-produk Lotus berada di antara julat harga Euro 55,000 hingga Euro 110,000.

Evija pastinya akan berada di luar julat tersebut dan ia akan menjadi julat harga yang baharu untuk Lotus dalam masa hadapan.

 

Apakah aspirasi penjualaan produk Lotus dan di manakah produk-produk itu akan dibina? 

Anda akan lihat pelaburan besar di ibupejabat Lotus di Hethel, dari segi produk-produk terbaharu. 

Bangunan-bangunan yang terbengkalai di bawah pengurusan Danny Bahar dan DRB-Hicom akan diteruskan pembinaannya dan dijangka siap pada akhir tahun ini.

Jumlah pengeluaran Lotus hanyalah lebih kurang 1,700 unit setahun tetapi Hethel sebenarnya mampu menghasilkan lebih dari 10,000 unit setahun (dua syif). Kami mahu pergi lebih jauh dari itu dan ia adalah penanda besar perubahan pada Lotus.

Lotus juga berpeluang untuk membina pusat pengeluaran di China kerana Geely berada di sana tetapi kami lebih menumpukan fokus kepada Hethel atau fasiliti lain di UK untuk jangka masa panjang.

Yang pasti, Lotus tidak akan membina produk-produknya di dua lokasi berbeza.


Berapa banyak model yang mahu dijual?

Itu akan bergantung kepada berapa banyak segmen yang mahu Lotus ceburi. Misi kami ialah pengembangan pengeluaran dan Lotus mampu untuk menghasilkan kereta sport ke sedan sport GT hinggakan kepada genre crossover dan SUV.

Dua perkara yang perlu dilihat ialah - adakah ia akan menjana pendapatan dan produk Lotus perlu mempunyai DNA syarikat ini - spesifik dan fokus kepada pemanduan.


Adakah Lotus bakal menhasilkan produk kereta elektrik selepas hypercar Evija? 

Kenderaan Elektrik ialah antara perancangan masa hadapan Lotus tetapi kereta sport dari Lotus yang akan datang akan mengunakan enjin biasa (bakal dilancar sebelum hujung tahun hadapan).

Selepas itu semla produk kami akan mempunyai varian EV sepenuhnya.


Adakah Lotus bakal menghasilkan model hibrid?

Itu adalah satu pilihan. Model hibrid menyebabkan kenderaan menjadi lebih berat dan Lotus ialah sebuah produk yang sepatutnya ringan.


Adakah Lotus bakal berkolaborasi dengan jenama-jenama lain di bawah Geely?

Geely memberikan kami banyak peluang dari segi pelaburan dan akses untuk teknologi, sumber-sumber dan kepakaran.

Namun begitu, Lotus tidak akan mengambil sahaja platform dari Geely dan menjadikan ia sebuah Lotus. 


Adakah teknologi autonomous (panduan kendiri) bakal membunuh Lotus?

Lotus tidak akan "membuang" teknologi autonomous dan kami yakin produk kami akan sentiasa mempunyai "butang" Lotus di mana ia akan membenarkan kenderaan itu dipandu seperti apa yang sepatutnya - cara pemanduan Lotus.


 

 

Siapakah Phil Popham

Phil Popham ialah Ketua Pegawai Eksekutif Lotus Cars.

Beliau dilahirkan di Redditch, Worcestershire, England dalam tahun 1965 dan mendapat pendidikan di Universiti Aston, Brimingham.

Sebelum menjadi CEO Lotus, beliau pernah menjadi Pengarah Operasi Global untuk Jaguar Land Rover dan juga CEO untuk Sunseeker, sebuah syarikat menjual kapal mewah.

Seperti Volvo, Geely membenarkan rakyat dari negara syarikat kenderaan itu untuk menjadi ketuanya. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dari segi prestasi, kuasa sehingga 905 bhp membolehkan Emeya memecut dari 0 sehingga 100…
Berita Global
Usah risau, ini kerana Lotus Emeya sudah pun selesai menjalani ujian pembangunan menyeluruh dalam…
Berita Global
Bermula tahun 2027, Lotus akan menjadi sebuah jenama EV sepenuh masa, di mana peranan yang…