Lotus jangka kelewatan penghantaran model Evija -tengah tahun depan baru dapat!

oleh Mohamad Hanif|
Disebabkan wabak pandemik COVID-19 yang melanda satu dunia beberapa bulan yang lalu, kebanyakan aktiviti syarikat pengeluar sememangnya tergendala dan ia turut memberikan kesan kepada pengeluaran Lotus Evija.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan, boss Lotus Phil Popham memberitahu Autocar bahawa mereka telah pun kehilangan masa selama lima bulan akibat tidak dapat menguji jentera tersebut dalam cuaca panas di Sepanyol.

"Proses ini bukanlah mudah, anda perlu menempah penggunaan fasiliti dan terdapat giliran menunggu yang sangat panjang, dan masing-masing mempunyai tujuan yang sama.

 


Walaupun tidak berpeluang untuk mengujinya, para jurutera Lotus berjaya menala semula trenkuasa Evija dengan angka output kini mencecah 2,000 kuasa kuda (berbanding 1,973 hp sebelum ini), selain melakukan penambahbaikan terhadap aspek aerodinamik hypercar tersebut.

Menurut Lotus, dengan casis monocoque gentian karbon dan trenkuasa elektrik, Evija mampu mencapai pecutan 0-100 km/j dalam masa bawah tiga saat, 0-200 km/j dalam enam saat, serta 0-300 km/j dalam masa bawah sembilan saat!

Namun barang harus diingat, hanya 130 unit sahaja Lotus Evija akan dibina dan harga jualan rasmi adalah sekitar £1.7 juta (RM8.68 juta) sahaja tidak termasuk opsyen aksesori dan personalisasi yang ditawarkan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini kerana sepanjang tahun 2022, Lotus telah merekodkan kerugian berjumlah £145 juta (RM852.26 juta…
Gaya Hidup
  Kombo dua jentera Mercedes ini datang pada harga yang cukup menarik, sekitar $29.99 sahaja (…
Berita Domestik
Nampaknya pihak pengimport dan pengedar rasmi kenderaan berjenama Lotus di Malaysia, Lotus Karz…