Lotus Tech bakal disenaraikan di Amerika Syarikat

oleh Mohamad Hanif|
Group Lotus bercadang untuk menyenaraikan unit kenderaan elektrik (EV) mewahnya, Lotus Technology Inc (Lotus Tech) di Amerika Syarikat.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Laporan The Edge menyebut, cadangan penyenaraian itu adalah susulan langkah penggabungan Lotus Tech dengan L Catterson Asia Acquisition Corp (LCAA) dengan nilai kira-kira US$5.4 bilion (RM23 bilion).

Kesemua pemegang ekuiti Lotus Tech termasuklah Zhejiang Geely Holding Group (Geely Holding), Etika, NIO Capital dijangka akan mengekalkan kepentingan masing-masing di dalam Lotus Tech dengan jumlah pegangan kira-kira 89.7 peratus.

Lotus Tech dalam satu kenyataan menjelaskan apabila penggabungan itu selesai, mereka akan mengekalkan nama semasanya dan CEO Qingfeng Feng akan terus menerajui syarikat itu yang berazam untuk mengedarkan SUV elektrik pertama mereka di China pada suku pertama tahun ini.

Selain pasaran China, Lotus akan mengembangkan penawaran mereka di Britain dan Kesatuan Eropah, serta merancang untuk menembusi pasaran Amerika Syarikat dan negara-negara lain.

Lotus Tech juga turut membentuk kerjasama pengeluaran dengan Geely untuk memanfatkan kapasiti produksi syarikat China itu.

Group Lotus kini dipegang sebanyak 51 peratus oleh Geely Holding, manakala 49 peratus lagi dipegang oleh Etika Automotive Sdn Bhd yang dimiliki oleh Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary.

Sumber: The Edge

Berita Berkenaan

Berita Global
CEO Ford, Jim Farley dalam satu ciapan menyebut: "Peter merupakan seorang pemimpin reka bentuk yang…