LRT Kelana Jaya alami masalah kegagalan tren pagi ini

oleh Mohamad Hanif|
Pihak Rapid KL dalam kemaskini di laman Facebook mengumumkan Laluan LRT Kelana Jaya mengalami masalah kegagalan tren di Stesen Taman Jaya menghala ke Putra Heights, pagi ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Difahamkan, tren yang bermasalah itu telah pun dikeluarkan daripada rangkaian perkhidmatan hari ini, namun dalam kemaskini satu jam kemudian, pihak Rapid KL memaklumkan penumpang di Taman Jaya ke Taman Bahagia perlu menaiki tren di Platform 1.

Pihak Rapid KL juga turut menasihatkan para pengguna supaya mencari pengangkutan alternatif, ini kerana tren Laluan Kelana Jaya itu akan bergerak lebih perlahan dan berhenti lebih lama di platform-platform yang terbabit.

Bas-bas percuma telah dikerahkan untuk kegunaan penumpang dari Stesen LRT Universiti ke Stesen LRT Kelana Jaya, serta LRT Kelana Jaya ke LRT Universiti.

 

Berita Berkenaan

Informasi
“Kenaikan surcaj 10 peratus bukan suatu perkara yang baharu, namun telah dilaksana sejak 20 tahun…
Berita Global
Timbalan pengurus besar kementerian itu, Daw Myat Mon Thein memberitahu pada Xinhua "Kami kini…
Informasi
Menurut Prasarana, operasi waktu puncak pagi akan ditambah 30 minit iaitu bermula jam 6.30 pagi…