LRT tidak beroperasi - wanita disamun di luar stesen LRT Sri Rampai

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Permasalahan teknikal Transit Aliran Ringan (LRT) bukan sahaja menjejaskan perjalanan penduduk di Lembah Klang, tetapi turut mendedahkan penumpang kepada risiko keselamatan.


Seorang wanita menjadi mangsa samun di luar Stesen LRT Sri Rampai di Wangsa Maju selepas terpaksa mencari pengangkutan alternatif susulan gangguan perkhidmatan itu pada pagi Rabu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Astro Awani melaporkan bahawa Nur Sophia Jesmine Hasmin, berusia 25 tahun, sepatutnya menaiki LRT dari Stesen LRT Sri Rampai untuk ke pejabat melalui Stesen LRT USJ 7 dengan laluan Kelana Jaya.


Setelah dimaklumkan oleh pegawai polis bantuan di stesen berkenaan, Nur Sofia terpaksa mencari alternatif lain dan meminta bantuan bapanya untuk menjemput dan menghantarnya ke pejabat dengan menaiki kereta.


Ketika menunggu bapanya pada kira-kira jam 7 pagi, di persimpangan antara Stesen LRT Sri Rampai dan sebuah kondominium, Nur Sophia didekati oleh dua lelaki yang menunggang motosikal.


Nur Sophia mendakwa, salah seorang lelaki tersebut menyamun beg yang mengandungi sebuah komputer riba dan telefon pintar.


Nur Sophia ketika dihubungi pada Rabu berkata, “Pada awalnya, saya enggan melepaskan beg saya. Namun, selepas lelaki tersebut bertindak mengoyakkan beg dengan menggunakan pisau, saya melepaskan beg tersebut sebelum mereka melarikan diri.” 


Nur Sophia bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.


Susulan insiden itu, Nur Sophia membuat laporan di Balai Polis Setiawangsa dan dimaklumkan bahawa pihak polis akan menyiasat insiden berkenaan serta menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

 

https://twitter.com/soph_jes/status/1590253694268108803?s=20&t=cyEs8NYotP5Bi1x6WAbqtw

samun

 

 

Untuk makluman, gangguan perkhimatan LRT melibatkan 16 stesen LRT laluan Kelana Jaya tidak beroperasi bermula Rabu sehingga 15 November disebabkan permasalahan teknikal.
 

Berita Berkenaan

Informasi
Menurut Prasarana, operasi waktu puncak pagi akan ditambah 30 minit iaitu bermula jam 6.30 pagi…
Informasi
"Serentak dengan pembukaan semula laluan antara kedua-dua stesen tersebut, kekerapan tren pada…
Berita Domestik
Selepas lebih setahun ditutup, kini perkhidmatan LRT laluan Stesen Masjid Jamek dan Bandaraya…