LRT3 diubah nama, kini dikenali sebagai LRT Laluan Shah Alam

oleh SALINA JALIL|
Rapid KL menerusi laman media sosial semalam telah mengumumkan penukaran nama baharu bagi projek LRT3. Ia kini telah diberikan nama baharu iaitu LRT Laluan Shah Alam.


LRT Laluan Shah Alam ini merupakan laluan transit aliran ringan yang ketiga di Lembah Klang selepas LRT Laluan Ampang dan Sri Petaling dan LRT Laluan Kelana Jaya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

LRT Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 km ini mempunyai 20 stesen yang akan menghubungkan Bandar Utama di Petaling Jaya ke Johan Setia di Klang.

 

Bandar Utama merupakan salah satu hentian bagi MRT Laluan Kajang, manakala salah satu stesen pertukarannya terletak di Glenmarie iaitu bagi LRT Laluan Kelana Jaya.

 

Projek ini dijangka siap dan akan beroperasi sepenuhnya pada bulan Februari 2024.

 

LRT Laluan Shah Alam akan mempunyai 22 set tren tiga gerabak yang dibekalkan oleh CRRC Corporation Limited, China.

 

 

RapidKL

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Semasa kejadian, Kapten Bas bertindak pantas untuk memberhentikan bas dan menurunkan penumpang…
Informasi
Dalam satu kenyataan, pelanjutan tersebut adalah bersempena sambutan ambang tahun baru 2024 yang…
Berita Domestik
Ini bermakna, hanya 55 peratus bas Rapid yang masih lagi aktif manakala selebihnya terdiri daripada…