LRT3 mula beroperasi 1 Mac 2025 - Anthony Loke

oleh Mohamad Hanif|
Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengumumkan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) dijangka akan mula beroperasi pada 1 Mac 2025 dan memberi manfaat kepada dua juta penduduk koridor barat Lembah Klang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan Bernama, projek LRT3 itu kini sedang rancak dilaksanakan dan kemajuan pembinaan projek tersebut telah mencapai 86 peratus.

“Kerja-kerja pembinaan hampir siap, sekarang ini juga rancak dilaksanakan kerja-kerja berkenaan dengan sistem isyarat dan sebagainya.

“Dijangkakan LRT3 mula beroperasi pada 1 Mac 2025 iaitu 18 atau 19 bulan dari sekarang, kita menjangkakan projek ini bakal memberikan kemudahan kepada lebih dua juta penduduk di sekitar pantai barat Lembah Klang terutamanya dari Petaling Jaya ke Klang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas meninjau perkembangan dan prestasi Projek LRT3 Laluan Shah Alam di Depoh Johan Setia, di sini hari ini.

Loke berkata projek yang menelan belanja RM16 bilion itu mempunyai 22 tren 3-gerabak dengan kapasiti 18,630 penumpang setiap jam.

“Kawasan ini padat dengan penduduk dan pembangunan, dijangkakan setiap hari kita boleh memberikan kemudahan kepada puluhan ribu penumpang menggunakan LRT3.

“Projek ini juga akan ada dua stesen pertukaran, iaitu di Bandar Utama yang menghubungkan laluan MRT Kajang Line ke LRT3 dan Glenmarie yang menghubungkan antara LRT Kelana Jaya Line dengan LRT3. Ia merupakan keterhubungan yang baik, di tengah-tengahnya ada jejambat yang menghubungkan kedua-dua stesen berkenaan,” katanya.

Katanya, kesemua tren telah bersedia dan sedang diuji supaya dapat beroperasi dengan baik selepas dibuka selain ia mengamalkan teknologi hijau yang lebih mesra alam.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut laporan Melaka Hari ini, Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Datuk Muhammad Jailani…