"Keputusan telah dibuat, JKR Kelantan akan menyelaras pemasangan bailey bridge di lokasi itu.
"Kerja-kerja penghantaran bahan jambatan dari JKR Machang akan dibuat esok. Seterusnya pemasangan akan bermula pada Jumaat ini,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Beliau berkata, kerja-kerja pemasangan jambatan itu dijangka siap sepenuhnya pada Rabu dan melibatkan 30 kakitangan JKR dari Kelantan, Pahang serta Perak yang pakar dalam pemasangan bailey bridge.
"Jambatan ini hanya untuk laluan selorong dan kegunaan kenderaan ringan sahaja,” katanya.
Semalam, Bernama melaporkan laluan itu ditutup kepada semua kenderaan berikutan berlakunya lubang benam sepanjang 15 meter x 8 meter.
Susulan itu, JKR Kelantan menasihatkan pengguna jalan raya supaya menggunakan laluan alternatif Jalan Gua Musang-Kuala Krai-Kota Bharu (FT008).