Lulus ‘fleet card’ SKDS 2.0, tapi naikkan harga - 3 syarikat bakal didakwa

oleh Firdaus Razani|
gambar dari WISER.MY
Tiga syarikat pengangkutan di Melaka yang gagal memberikan penjelasan kewajaran tindakan menaikkan harga perkhidmatan dalam Op Kesan 2.0 yang dilaksanakan sejak 6 Jun lalu bakal didakwa di mahkamah.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri, Norena Jaafar, berkata pihaknya telah mengeluarkan notis bertulis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 kepada ketiga-tiga syarikat berkenaan, namun semuanya gagal memberi respon dalam tempoh ditetapkan.

“Berdasarkan siasatan awal mendapati ketiga-tiga syarikat pengangkutan berkenaan telah diluluskan permohonan ‘fleet card’ di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0).

“Syarikat terbabit antara 41 penerima manfaat SKDS 2.0 yang telah diperiksa bagi mengesan sebarang kenaikan caj perkhidmatan atau kenaikan harga yang tidak munasabah,” katanya kepada pemberita di Pasar Besar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Mengulas lanjut, Norena berkata KPDN Melaka akan terus meningkatkan pemeriksaan ke atas syarikat penerima manfaat SKDS di sekitar negeri itu secara berperingkat bagi mengekang kenaikan harga perkhidmatan atau barangan yang tidak munasabah.

Beliau berkata setiap hari, lima kumpulan membabitkan 17 penguat kuasa akan digerakkan bagi memeriksa syarikat terlibat dan notis bertulis di bawah Seksyen 21 AKHAP 2011 akan dikeluarkan sekiranya mereka dikesan melakukan kesalahan berkaitan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kenaikan harga barang atau perkhidmatan melibatkan penerima manfaat SKDS boleh melaporkannya kepada KPDN di talian 012-6654292 agar tindakan lanjut boleh diambil,” katanya.

 

SUMBER : FreeMalaysiaToday

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Jadi, kita tengah pertimbang dan perhalusi apa juga pendekatan, supaya kita dapat menangani isu…
Informasi
"Jumlah 209,000 itu telah diluluskan untuk subsidi diesel," katanya ketika ditemui pemberita pada…