Lumba haram di Klang, seorang maut, seorang lagi parah

oleh Mohamad Hanif|
Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun dilapor maut, sementara seorang lagi parah dipercayai berlumba motosikal di Persiaran Raja Muda Musa, Klang awal pagi semalam.
PERODUA MREC Banner Campaign May 2025

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kemalangan itu melibatkan dua motosikal berasingan di jalan dari arah Kompleks Sukan Pandamaran menghala ke Pelabuhan Klang.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berpunca sekumpulan penunggang motosikal bersaing sesama sendiri dengan menunggang laju dan melulu di jalan tersebut.

“Kedua-dua motosikal mangsa kemudian bergesel sesama sendiri dan tidak dapat mengawal motosikal lalu terjatuh.

“Mereka kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 


Hoong Fong menambah, seorang mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia pukul 6.50 pagi.

Seorang lagi remaja yang mengalami kecederaan dalaman pada jantung, paru-paru dan buah pinggang masih dirawat di Zon Merah HTAR.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pihak polis sedang mengesan perakam video tersebut untuk diambil keterangannya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Syahirah Kamsani di talian 012-4470162 atau Balai Polis Trafik Klang Selatan di talian 03-33722222 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Sumber: Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut laporan Khaosod English, enam buah kereta dilihat berpusing tiga kali di hadapan Greenway…
Berita Domestik
Ini kerana tegas beliau, kegiatan itu bukan sahaja melanggar undang-undang malah meletakkan nyawa…
Berita Domestik
"Polis mengesan video tular di media sosial memaparkan aksi menunggang secara melulu dan…