Lumba haram di Lebuh Raya DASH, dua mekanik ditahan

oleh Penyumbang Rencana|
tangkap layar dari video
Dua mekanik ditahan selepas berlumba haram di Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) di Shah Alam, pada Isnin.


Kedua-dua suspek berusia 20 dan 29 tahun ditahan kira-kira pukul 11.49 malam sekitar daerah ini selain merampas dua kereta jenis Proton Satria digunakan mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati perlumbaan itu berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah malam hingga 1.30 pagi semalam dengan melibatkan enam kereta jenis Proton Satria.

 

Katanya, mereka berlumba dari Plaza Tol Denai Alam sehingga ke Kilometer (km) 0 (susur ke Pulau Angsa) Lebuh Raya DASH.

 

“Mereka juga berlumba dengan berpatah balik melawan arus sehingga ke Plaza Tol Denai Alam.

 

“Jarak perlumbaan bagi sehala adalah kira-kira dua km,” katanya ketika dihubungi.

 

Menurut Kosmo, difahamkan perlumbaan tersebut lebih kepada kepada menguji jentera masing-masing tanpa tawaran sebarang hadiah.

 

Mohd. Iqbal menambah, pihaknya kini mengesan empat lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut.

 

Beliau menegaskan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan merbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya yang lain.

 

“Justeru, saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Mohd Zulkifli Razak di talian 019-4475767,” katanya.

 

Terdahulu, tular video berdurasi 56 saat memaparkan aksi lumba kereta tersebut di Lebuh Raya DASH. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Ahli-ahli politik perlu mempunyai iltizam dalam memastikan kejayaannya (dari segi penggubalan…
Berita Global
Menurut laporan Sydney Morning Herald, Otero pada awalnya terlibat dalam satu kemalangan di mana…
Berita Domestik
Dalam kejadian, sekumpulan mat rempit dilapor melakukan pelbagai aksi berbahaya seperti aksi…