Beliau berkata, operasi khas ini dilaksanakan bagi mengambil tindakan tegas terhadap kegiatan samseng jalanan yang masih berleluasa.
Hasil operasi, katanya 26 penunggang motosikal ditahan dan polis turut memeriksa 27 individu berusia antara 15 hingga 25 tahun.
"Sebanyak 50 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk tidak mematuhi spesifikasi kenderaan ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
"Sebanyak 21 motosikal turut disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas pelbagai kesalahan termasuk ubah suai struktur kenderaan (ekzos), nombor pendaftaran tidak mengikut peraturan, tiada lesen memandu, tiada cermin sisi, tiada perlindungan insurans serta lain-lain kesalahan," katanya melalui kenyataan pada Sabtu.
Kumarasan menasihatkan ibu bapa dan penjaga sentiasa memantau pergerakan anak-anak, khususnya yang menggunakan motosikal, bagi mengelak mereka terjebak kegiatan samseng jalanan yang berisiko tinggi serta boleh mengundang kemalangan.
"Operasi seumpama ini akan dilaksanakan secara berterusan bagi membanteras kegiatan lumba haram serta memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di daerah Iskandar Puteri sentiasa terjamin," katanya.