Lumba haram 'hidup kembali', ganjaran wang tunai bermula dari RM20,000 hingga RM450,000

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Perlumbaan motosikal haram kembali aktif dengan menawarkan ganjaran lumayan bermula dari RM20,000 hingga RM450,000 kepada pemenang selepas dua tahun menyepi ekoran kawalan ketat sepanjang pandemik Covid-19.


Penyamaran wartawan Utusan Malaysia dalam kalangan ‘kaki lumba’ terbabit mendapati rata-rata mereka terdiri daripada ‘Mat Rempit’ yang tidak sabar untuk kembali beraksi di jalan utama dan lebuh raya di dalam dan luar Lembah Klang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Antara laluan popular yang menjadi tumpuan ialah Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Kuala Lumpur–Seremban dan di pusingan U Lebuhraya Besraya berhadapan Wisma Minlon.

 

Sumber memberitahu Utusan Malaysia, pertaruhan setiap individu bermula serendah RM500 manakala perlumbaan melibatkan antara bengkel menawarkan habuan sehingga RM450,000 seperti yang pernah dianjurkan sebelum pandemik Covid-19.

 

“Ganjaran wang tunai melebihi RM20,000 menyebabkan kebanyakan Mat Rempit tertarik untuk berlumba hingga membahayakan nyawa pengguna lebuh raya lain,” katanya.

 

Seorang lagi individu yang menyertai kegiatan tersebut berkata, jumlah ganjaran akan ditentukan mengikut nilai taruhan dan jumlah jentera yang ikut serta dalam perlumbaan.

 

gambar hiasan

 

Katanya, perlumbaan haram itu mempunyai dua kelas, iaitu ‘perlumbaan longgok’ tanpa mengira jenis motosikal manakala kedua adalah perlumbaan mengikut kategori.

 

“Kalau longgok selalunya ganjaran akan lebih rendah, yuran penyertaan sebuah motosikal ialah RM500 dan jika 10 jentera pemenang akan dapat RM5,000 tanpa mengira jenis motosikal.

 

“Berbeza pula perlumbaan yang mengikut kategori, ia akan melihat spesifikasi motosikal penunggang. Kebiasaannya mereka menyertai perlumbaan seperti ini adalah pelumba yang sudah mengubah suai motosikal dan ganjaran jika menang boleh mencecah RM20,000,” katanya.

 

Ditanya mengenai bagaimana keadaan modifikasi keterlaluan dilakukan pelumba, beliau berkata, ia dipanggil sebagai ‘motor open’ dengan nilai modikasi mencecah kos RM10,000 mengikut jenis motosikal.

 

“Sekarang pun tular seorang personaliti Youtube mengubah suai motosikalnya di sebuah bengkel. Dari apa yang dicampurkan di media sosial, individu itu berbelanja hingga RM17,832 termasuk aksesori luaran motosikalnya.

 

“Jika jentera mat rempit itu melebihi spesifikasi 65 milimeter (MM) untuk blok motosikal mereka ia dipanggil sebagai ‘motor open’. Kelompok ni kebiasaanya sudah menyentuh enjin dengan menambah pelbagai alat ganti yang khas untuk berlumba.

 

Dalam semakan Utusan Malaysia di laman media sosial, kos ubah suai sebuah motosikal adalah serendah RM1,260 untuk spesifikasi asas dan RM2,270 untuk pengubahsuaian penuh tanpa menukar blok motosikal asal.

 

Ditanya mengenai nilai taruhan paling besar yang dilakukan oleh mat rempit, sumber memberitahu, ia melibatkan ratusan ribu ringgit yang diadakan antara bengkel bagi menguji kehebatan mereka mengubahsuai motosikal.

 

“Perlumbaan yang ketika dahulu hangat di kelompok kami adalah pertandingan antara dua bengkel popular iaitu nilai ganjaran mencecah RM450,000 pada tahun 2018 dahulu. Itu pertaruhan paling besar dalam pengetahuan saya,” jelasnya.

 

Sementara itu, seorang lagi mat rempit mendedahkan lokasi-lokasi perlumbaan yang sering dilakukan di kawasan Lembah Klang iaitu antaranya adalah di lebuhraya Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban dan di pusingan U-turn di Lebuhraya Besraya berhadapan Wisma Minlon.

 

Walaubagaimanapun, semasa tinjauan pemberita di dua lokasi berkenaan selama tiga hari bermula Jumaat hingga Ahad gagal mengesan aktiviti lumba haram di lebuhraya tersebut.

 

Sumber memaklumkan, aktiviti lumba haram kini sukar untuk dikesan terutama selepas perintah kawalan pergerakan (PKP) sejak dua tahun lalu kerana terlalu banyak sekatan jalan raya dilakukan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

 

“Ia memang sekarang susah nak nampak sebab banyak sangat sekatan jalan raya dan operasi dilakukan oleh PDRM. Kalau mereka berlumba ketika ini memang makan diri sahaja, selalunya penganjur akan adakan secara senyap hanya yang menyertai je datang.

 

“Tak macam dulu sekarang ni, kalau dulu malam minggu mesti ada perlumbaan. Pergi sahaja depan Wisma Minlon pasti ada banyak motosikal sedang menyaksikan kegiatan haram tersebut di bahu jalan,” ujarnya.

 

Sumber menambah, taruhan wanita sebagai hadiah kemenangan tidak lagi diadakan kerana mereka lebih mementingkan wang tunai.

 

 

– UTUSAN

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sebelum itu, video klip memaparkan aksi mereka meniarap di atas motosikal sambil meluruskan kedua-…
Berita Domestik
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Mohd Sapri…
Berita Domestik
Kesemua penunggang motosikal itu ditahan dalam operasi kira-kira jam 3 pagi yang dijalankan…