Lumba Haram - JSPT akan sita kenderaan dalam tempoh masa yang lama serta saman

oleh SALINA JALIL|
Kenderaan yang terbabit dengan kegiatan lumba haram termasuk di lebuh raya, akan disita Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tempoh yang panjang, selain pemandunya dikenakan saman maksimum.


Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Superintendan Dr. Bakri Hj. Zainal Abidin berkata, perbuatan berlumba di lebuh raya itu jelas melanggar undang-undang, selain mengundang bahaya dan padah kepada diri sendiri serta pengguna lain.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

"Kita akan buat tindakan susulan untuk mengesan lokasi serta pelakunya. Setiap perbuatan melanggar undang-undang, pasti akan menerima padah dan kesannya.

 

"Tindakan sita kenderaan dalam tempoh masa yang lama akan dikenakan terhadap pelaku, selain saman dengan kadar maksimum bagi memastikan aktiviti sama tidak berulang," katanya.

 

Beliau mengulas video tular di media sosial memaparkan sekumpulan pemandu kereta berlumba sesama sendiri di lebuh raya sehingga menimbulkan kemarahan netizen.

 

 

Rakaman video berdurasi empat minit lapan saat itu dipercayai rakaman kamera papan pemuka 'dashcam' sebuah daripada kenderaan yang sedang berlumba dengan beberapa kenderaan rakannya, selain memintas secara berbahaya di antara kenderaan lain yang berada di lebuh raya itu.

 

Dr. Bakri berkata, dalam usaha membendung kegiatan lumba haram, pihaknya akan mempertingkatkan rondaan dan pemantauan serta penguatkuasaan terhadap samseng jalanan secara 'show off' atau terang-terangan di lebuh raya utama negara ini yang dilihat semakin berleluasa saban hari.

 

Selain itu, JSPT juga akan membuat lebih banyak sekatan jalan raya di kawasan-kawasan berisiko tinggi berlakunya kegiatan itu sebagai isyarat kepada 'kaki lumba haram' berfikir dua kali kerana menyedari tindakan mereka sudah dihidu lebih awal oleh pihak berkuasa.

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Ahli-ahli politik perlu mempunyai iltizam dalam memastikan kejayaannya (dari segi penggubalan…
Berita Global
Menurut laporan Sydney Morning Herald, Otero pada awalnya terlibat dalam satu kemalangan di mana…
Berita Domestik
Dalam kejadian, sekumpulan mat rempit dilapor melakukan pelbagai aksi berbahaya seperti aksi…